Hiburan

Kulit Nana ‘Breakout’, Suami Terima Kekurangan Diri “Tengok Cermin Sambil Menangis Setiap Hari”

Share

Kulit Nana ‘breakout‘, suami terima kekurangan diri. Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Apatah lagi apabila kulit wajah yang cantik tiba-tiba bermaslah. Sudah tentu kaum wanita akan bimbang.

Namun pemilik nama sebenar Nana Mahazan yang menghadapi masalah kulit wajah ketika itu beruntung kerana suaminya, Mohammad Raqeem Brian ini masih sentiasa memberi nasihat dan tip agar Nana tidak berasa sedih.

“Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya ada dalam keadaan paling dasyat itu,” ungkap Nana.

Kulit Nana ‘Breakout‘, Suami Terima Kekurangan Diri

Selebriti yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim pertama itu turut menyatakan setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.

“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.

“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.

Suami Suntik Semangat Tanpa Gagal

“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.

“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” sambungnya.

Tidak Culas Jaga Muka

Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.

“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka,” ungkap Nana yang kini memiliki produk jenama sendiri yang diberi nama Mahazan Beauty.

1001 Rahsia & Hikmah

Nana yang pernah menjual alat solekan sebelum menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit sendiri percaya Allah sebaik-baik perancang.

“Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.

“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu  rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.

“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018,” luahnya yang bertudung sejak tahun lalu.

Menarik Disini : Nana Mahazan Hadiahkan Kereta Idaman Ibu “Moga Dapat Teruskan Usaha Untuk Menggembirakan Ibu Bapa Kita”

Nana Tampil Imej Berhijab “Masih Belajar, Tak Pandai Lagi Nak Bertudung. Maafkan Saya,”

Mingguan Wanita: Suka tengok penampilan Nana, walaupun bertudung tapi sentias nampak trendy!

Sumber : Instagram Nana Mahzan

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Published by
Norhayati Suboh