Kecantikan

Kulit Mulus Wanita Jepun Jadi Dambaan Wanita, Jom Ketahui Rahsia Di Sebaliknya!

Share

KULIT licin, mulus, kemerah-merahan, bebas pigmentasi dan garisan kedutan tidak akan dimiliki individu sepanjang masa. Itu adalah lumrah dan hakikat yang harus diakui oleh setiap individu. Proses penuaan pra-matang menjadikan keanjalan kulit yang melindungi otot serta organ manusia semakin berkurangan.

Penggunaan produk yang betul dengan mengetengahkan elemen penjagaan wajah yang semulajadi dan holistik menjadi kegemaran wanita moden masa kini. Jadi, penggunaan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit banyak membantu wanita mengekalkan kejelitaan sebaiknya secara semulajadi.

Kulit Mulus Wanita Jepun Jadi Dambaan Wanita

Wanita Jepun melakukan sekurang-kurangnya empat rutin penjagaan kulit iaitu proses membersihkan wajah secara berganda serta pelembapan berganda. Ternyata keperluan memakai pencuci wajah yang bersesuaian penting untuk menghilangkan noda dan kotoran di wajah secara menyeluruh pada kulit. Ia penting untuk memastikan wajah terpelihara dan sekaligus menghilangkan solekan, sel kulit mati, minyak dan kotoran pada wajah.

Wanita Jepun menjaga kecantikan kulit melalui pelembapan serta memberi tumpuan kepada membekalkan kulit kelembapan maksimum dengan tekstur yang sangat ringan yang tidak membebankan kulit walaupun dalam cuaca panas dan lembap.

Hada Labo Hydrating Snow Dew dipertingkatkan dengan formulasi terbaharu mengandungi 2 kali Prebiotics yang memberikan kelembapan maksimum pada kulit. Hada Labo Snow Dew turut menawarkan lebih daripada sekadar kelembapan, ia juga anti-cahaya biru dan mampu memperbaiki penghalang kulit yang lemah untuk kulit yang sihat dan bersinar secara semulajadi.

Jenama penjagaan kulit dari Jepun ini mengetengahkan konsep “Japanese Way Of Beauty” di mana ia menekankan 4 aspek iaitu:

– Kelembapan secara  mendalam sebagai kunci mendapatkan kulit yang halus mulus.

– Menggunakan sumber  semulajadi yang berkualiti tinggi.

– Mengandungi sumber penting, tidak lebih ataupun kurang.

– Menekankan regim penjagaan kulit yang ringkas tapi memberi reaksi positif.

Hada Labo Hydrating Snow Dew direka khas untuk kulit Wanita Asia. Tekstur sorbet yang ringan dan menyegarkan ini mudah meresap ke dalam kulit sambil menyediakan kelembapan optima tanpa meninggalkan sisa berat atau berminyak. Ia adalah pilihan yang sangat baik untuk kulit normal, berminyak, atau kombinasi yang memerlukan kelembapan tanpa rasa berat.

Didatangkan dalam tekstur krim yang ringan, ia  merupakan  pilihan terbaik untuk kulit normal, berminyak atau kombinasi. Kulit kekal lembap tanpa rasa berat, selain bersifat anti-blue light dan mampu merawat rintangan kulit yang lemah agar kembali sihat semula jadi.

Selain itu, Hada Labo Hydrating Snow Dew mengandungi Prebiotik yang berfungsi menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik sekaligus membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menjadikannya lebih tahan terhadap tekanan persekitaran.

Lebih Istimewa, gabungan empat jenis Asid Hyaluronik (HA) dan Ceramide sangat berkesan memberi hidrasi terhadap setiap lapisan kulit. Asid Hyaluronik juga membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menghalang kehilangan lembapan dan meningkatkan kapasiti pengekalan kelembapan kulit secara keseluruhan. Penghidratan yang mendalam ini boleh menghasilkan kulit yang lebih gebu, licin dan lebih muda.

Rahsia kejelitaan Wanita Jepun nampaknya telah dibongkar oleh Hada Labo Hydrating Snow Dew. Produk ini bebas kandungan alkohol, minyak mineral, paraben MIT & Diglycol. Ia juga amat sesuai untuk kulit sensitif .

Untuk hasil yang lebih optimum, gunakan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan Losyen Pelembap Hada Labo. Usah sesekali mengabaikan merawat wajah. Mungkin itu rahsia kejelitaan wanita Jepun yang perlu diberi perhatian khusus oleh wanita Malaysia untuk kekal awet muda!

 

Published by
Rosmah Idayu