Kulit Kepala Izz Ayden Berair & Melekat Di Bantal – Nurul Asmak

Share

Ibu kepada Izz Aydeen Ameer Izzudin, Nurul Asmak Ahmad pula tidak sanggup melihat anaknya menderita. Izz Ayden yang merupakan bayi pra matang dilahirkan dalam keadaan jangkitan kuman di paru-paru.

“Memandangkan Izz Aydeen merupakan bayi pra matang dia mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Baru saja hendak sihat dan menjalani hidup normal macam bayi lain, sekali lagi di uji dengan masalah  ekzema semasa dalam pantang lagi dan melarat hampir kronik semasa usianya empat bulan.

Nurul Asmak begitu tabah menghadapi karenah Izz Ayden.

“Kulit kepalanya berair melekat di bantal, melepuh satu badan. Saya buntu, semua cara sudah diiktiar. Sebut saja pakar kulit, homeopaty, pantang makan, sebut saja krim apa semua sudah cuba.

“Saya tidak pernah putus asa agar anak saya sembuh. Alhamdulillah, sekarang anak saya dah ceria macam kanak-kanak lain.

“Tidak ada elergik dan boleh makan semua. Anak sulung saya juga juga mengalami ekzema tetapi tidak kronik,” ujar Nurul Asmak.

Kulit Kering & Bersisik – Nor Awatif

Noor Awatif menceritakan pengalamannya mengalami penyakit ekzema.

Ekzema menyebabkan kulit menjadi merah, kering, bersisik dan sangat gatal. Begitu jugalah yang dihidapi oleh Noor Awatif Mohd Basri, 27 sejak dari kecil.

“Ramai orang ingat ekzema setakat gatal-gatal saja. Apabila mereka melihat kita kerap menggaru. Pasti perbuatan itu ditegur supaya hentikan menggaru. Hanya yang merasai tahu perasaan ini. Sukar nak berhenti menggaru.

“Kami adik beradik asal dari keluarga yang ada ekzema. Pembawa adalah ayah. Dari ayah berjangkit kami adik beradik ada ekzema. Disebabkan itu ayah cari alternatif nak rawat kami untuk bawa keluar dari kepompong ekzema.

“Saya mempunyai lapan orang adik beradik, lima orang dari kami mempunyai ekzema dan seorang menghidap resdung.

“Ayah pula ekzema kronik sampai kena ambil suntikan setiap bulan. Tahap kronik sampai menggangu sistem saraf pada lutut kanan dan disahkan sebagai oku. Pada tahun 2007 dia dapat idea dari seorang kawan dengan menggunakan kaedah natural iaitu ozone terapi gunakan air. Bermula dari situ lah, dia nampak pengurangan. Tahun ke tahun berikutnya dia semakin pulih dan mula lah ayah dan saya study macamana nak stabilkan komposisi air dengan bantuan seorang kawan juga seorang pakar tentang ilmu ozone. Tak dinafikan keadaan kulit memang ‘on off’. Tapi kami tak ‘give up’. Kunci yang kami pegang ‘bila ada perubahan yang baik, mesti ada jalan penyelesaian’,” ungkap Noor Awatif.

Kulit Pedih

Menurut Noor Awatif, ayahnya tidak mahu anak-anak mengalami nasib yang sama dengan dirinya. Paling seksa apabila selepas menggaru perlu berhadapan situasi kulit pedih keterlaluan dan rasa seperti terbakar.

“Ayah tak nak anak-anak senasib dengan dia. Ayah kalau duduk saja ‘bersalji’, sebab dia menggaru. Asal duduk saja garu. Akan luka, mana boleh tahan. Apabila selalu menggaru kulit melepuh dan keluar air bisa,” sambung Noor Awatif.

Terpaksa Berpantang

Bukan itu saja wanita ini juga menerangkan dia sendiri terpaksa berpantang dan tidak boleh mengambil makanan sembarangan.

“Saya sendiri sampai sekarang ada makanan yang tak boleh dimakan. Kena jaga makan, kalau dulu masa zaman kanak-kanak mak yang kawal makanan dan kita sendiri senang nak jaga makan bila dah dewasa ni payah sikit nak jaga makan.

“Contohnya jika saya makan sardin, sekejap saja lepas tu bawah kulit akan rasa pedih-pedih. Sememangnya perkara ini satu penyeksaan.

“Adik perempuan saya yang bernama Balqis pula dia ekzema terik di bahagian kaki. Bila salah makan memang teruk menggaru. Sebab tu kalau nampak bayi, kanak-kanak atau orang dewasa yang ada ekzema tak sampai hati nak tengok,” jelas Noor Awatif.

Dek kerana dirinya juga mengalami ekzeme, Noor Awatif juga sering membantu mereka yang mengalami nasib yang sama terutamanya golongan bayi dan kanak-kanak.

“Kepuasan bila dapat bantu orang, Ya Allah rasa puas hati. Faham perasan ibu itu sendiri. Bukan mudah, sangat pedih bila menggaru. Waktu malam paling gatal dan akan menggaru.

“Bila boleh makan telur, perasaan rasa gembira. Saya sudah berjaya bantu ramai keluarga keluar daripada masalah sakit kulit kronik dan ekzema . Cuma mereka perlu jaga dari segi pemakanan dan persekitaran supaya tidak mengaktifkan ekzema yang sedang tidur,” ungkap Noor Awatif.

 

Published by
Norhayati Suboh