Kulit Bayi Baru Lahir Memang Sensitif, Ini Sabun Mandian Selamat Untuknya

Share

Ibu baru melahirkan perlu prihatin dengan kulit bayi baru lahir yang sememangnya sensitif. Tak boleh salah urus, boleh sebabkan ruam malah iritasi. Sesetengahnya pula, berkuping di beberapa bahagian tubuh misalnya kepala, celahan kaki dan tangan.

Penjagaan lebih teliti diperlukan agar bayi tak berasa sakit. Nanti, si manja akan tidur lebih selesa bila ibu pandai urus bayinya dengan baik. Ini panduan untuk ibu, menguruskan bayi yang baru lahir.

 

Bersihkan Tangan Terlebih Dahulu

Ibu pastikan tangan anda bebas bakteria. Gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum pegang bayi anda. Bayi baru lahir tak mempunyai sistem imunisasi yang kuat, jadi dia terdedah pada risiko jangkitan.

Begitu juga, dengan tetamu yang datang melawat bayi anda. Pastikan mereka membersihkan tangan dengan ‘hand sanitizer’ juga sebelum memegang bayi.

Jangan Goncang Bayi

Semasa mahu mengejutkannya, mengangkat ataupun ketika memandikan, uruskan bayi dengan lembut dan hati-hati. Jangan sesekali goncang bayi anda. Ia boleh menyebabkan pendarahan pada otak dan risiko kematian.

 

Memandikan Bayi Baru lahir Dengan Teknik ‘Sponge Bath

Bayi yang baru lahir tidaklah kotor seperti orang dewasa, lagi-lagi bila tali pusatnya belum tertanggal. Ibu boleh melakukan ’Sponge Bath’ pada minggu pertama hingga minggu keempat kelahiran.

Caranya :

  • Pilih tempat yang selamat.
  • Sediakan besen dengan air suam.
  • Buka baju bayi dan balut tubuhnya dengan tuala.
  • Lap mata si manja dengan bebola kapas lembut. Basahkan dan perah agar lembab saja. Kemudian, teruskan mengelap pada bahagian muka, hidung dan telinga.
  • Tukar dengan bebola kapas lembab lain dan bersihkan sekali lagi. Gunakan sedikit mandian selamat lagi lembut untuk membersihkan wajahnya.

Untuk bersihkan rambut

  • Gunakan syampu bayi yang selamat lagi lembut untuk bayi. Dengan lembut cuci kepala dan keringkan.
  • Basahkan kain lembut dengan sabun mandian dan bersihkan bahagian tubuh bayi dengan lembut. Lap juga pada ketiak, belakang telinga, belakang leher bayi.
  • Bilas dan keringkan dengan betul sebelum mengenakan lampin pakai buang dan mengenakan baju.

 

Bila Bayi Bersedia Mandi Dalam Besen Mandian Bayi

1. Selepas mencuba seminggu dua cara mandian ’sponge bath’ bayi sudah bersedia untuk mandi dalam besen mandian. Sebelum memasukkan bayi, ibu periksa suhu air dengan siku. Pastikan suam bukannya panas sehingga melukakan kulit bayi.

2. Pilih mandian jenis lembut misalnya, Cetaphil Baby Moisturising Bath And Wash kerana mandian ini mengandungi pelembap aloe vera dan minyak almond, bebas sabun, bebas paraben malah hypoallergenic agar kulit bayi mulus terpelihara.

3. Bekas mandian pula kenalah sesuai dengan saiz bayi anda. Jangan terlalu sempit pula ya mak-mak. Bila keperluan bayi mak-mak penuhi. Barulah pengalaman memandikan bayi anda yang baru lahir jadi lagi menyeronokkan.



Published by
NETTY AH HIYER