Pernah tak mak-mak tengok kulat dalam mulut bayi yang kadang boleh mengganggu bayi waktu dia menyusu atau makan. Ok, sebenarnya bukan bayi sahaja yang akan diserang kulat mulut tetapi wanita yang sudah berusia pun boleh kena.
Kadang agak sukar untuk menghilangkan lapisan keputihan tersebut, jadi macam mana nak merawat dengan betul anda boleh ikut nasihat daripada Doktor Muhammad Uwais Al Qorni dan ketahui lebih jelas tentang masalah kulat dalam mulut.
Beberapa hari lepas, ada seorang pesakit doc yang berpangkat makcik-makcik (bukan makcik bawang ye) datang mengadu kat doc mulut dia dah beberapa hari berbau dan sakit lidah nak menelan.
Macam biasa, doc akan periksa mulutnya dan doc pun terkejut apabila tengok keadaan lidahnya yang penuh berwarna keputihan dan merekah-rekah. Makcik mengakui yang sepanjang mulutnya sakit, beliau amat kurang meminum air.
Selain itu, apabila bertanyakan lebih lanjut perihal kondisi penyakitnya, makcik juga mengatakan yang beliau seorang penghidap diabetes (kencing manis) dan sedang menggunakan gigi palsu. Makcik juga mengakui yang beliau tidak begitu teliti dalam penjagaan gigi palsu tersebut.
Doc pon menerangkan panjang lebar tentang penyakit kulat mulut ni, atau dipanggil “Oral thrush/oral candidiasis”
Kulut mulut adalah jangkitan kulat yang disebabkan oleh sejenis kulat semulajadi yang tinggal dalam badan yang dinamakan kulat “Candida Albicans”. (Ada beberapa jenis lagi kulat yang boleh menyebabkan penyakit ini,tapi C.Albicans adalah yang paling kerap menyebabkan jangkitan)
Kulat ini pada asalnya tidak menyebabkan apa-apa masalah, namun apabila kulat ini bertumbuh dengan banyak akibat faktor-faktor tertentu, maka penyakit kulat mulut berlaku.
Selain di mulut, kulat ini juga adalah punca penyebab berlakunya masalah keputihan pada wanita dan ruam lampin pada bayi.
Terdapat beberapa faktor penting penyebab Kulat mulut antaranya ialah :
-Kurang imunisasi : Kanak-kanak berumur 6bulan ke bawah, warga emas dan penghidap penyakit kronik seperti HIV, kanser dan kencing manis adalah antara individu yang paling mudah dijangkiti penyakit ini
-Penggunaan antibiotik dan steroids : Antibiotik dan steroid pada asalnya adalah amat berguna untuk membantu badan melawan bacteria penyebab penyakit. Namun penggunaan berterusan ini juga menyebabkan ketidakseimbangan pada jumlah kulat Candida dan menyebabkan berlakunya kulat mulut.
-Kurang menjaga kebersihan mulut : tidak menggosok gigi atau menggunakan cecair antiseptic kumur mulut. Bayi yang kerap menggunakan puting mulut (pacifier) dan menggunakan botol susu/puting susu yang tidak dibasuh bersih
-Mulut kering akibat penyakit tertentu(xerostomia) dan kurang minum air
-Merokok : Asap rokok menyebabkan permukaan mulut menjadi kering, memudahkan berlakunya jangkitan kulat mulut
-Penggunaan braces/gigi palsu yang tidak sepadan
-Penggunaan penyedut asap (inhaler) corticosteroid yang tidak betul iaitu tanpa berkumur selepas menggunakannya
-Berjumpa doktor : Apabila berjumpa doktor, anda akan diberikan rawatan yang bersesuaian mengikut faktor yang anda hidapi
Antara rawatan yg diberikan :
Ubat makan : Ubat antifungal yang dinamakan Fluconazole
Ubat titis : Oral nystatin, dose bergantung dengan umur anda
-Pesakit yang memakai gigi palsu hendaklah menanggalkan gigi palsu sebelum tidur dan cuci dengan lebih kerap dan teliti
-Pesakit kencing manis haruslah mengawal paras gula supaya dapat mencegah daripada terkena jangkitan kulat Candida
-Bayi dan kanak-kanak yang menyusu atau menggunakan puting pacifier hendaklah sentiasa dipantau untuk sebarang keputihan di dalam mulut.
-Kerap membersihkan pacifier dengan teliti juga membantu mencegah daripada penyakit ini
-Kerap berkumur selepas makan
-Menggosok gigi sekurang-kurangya 2kali sehari menggunakan ubati gigi berfluorida
-Berhenti merokok
Selain nasihat di atas, suka doc ingin menegaskan bahawa kulat mulut ini tidak berjangkit ya.
Selain itu, tolong pastikan orang yang anda sayangi menjaga kebersihan mulut dan tidak menggunakan ubat-ubatan tertentu sewenangnya kerana ia akan menyebabkan ketidak seimbangan kulat Candida di dalam mulut.
Paling penting sekali, minumlah air mineral dengan cukup 2-3 liter sehari untuk memastikan kelembapan mukosa dan kebersihan oral kaviti (rongga mulut) anda.
Jika pesakit tidak dapat makan disebabkan sakit, berikanlah makanan yang lembut dan sejuk sperti yogurt/puding dan agar-agar. Bubur pon boleh, pastikan sejuk/suam2 kuku.
Kalau tak boleh minum sebab sakit, bagi pesakit minum menggunakan penyedut minuman(Straw).
Ada apa-apa soalan doc akan jawab bila free. Kalau urgent boleh PM doc. Harap bermanfaat!