Petang-petang ni, kalau mak-mak nak buat minum petang boleh cuba resipi tauhu berlauk yang sedap ini.Tauhunya yang lembut, makan panas-panas, dicicah pula dengan cili kicap, memang tak cukup satu!
Jika selalu adunan tauhu diletak dalam loyang besar sebelum dikukus, sebenarnya boleh gunakan acuan kuih lompang je. Lebih senang tak perlu nak potong-potong bila dah siap kukus, malah bentuknya pun lebih cantik.
Boleh cuba resipi tauhu berlauk yang dikongsikan oleh Puan Shaiela Ehin ini sebagai rujukan.
“Petang ni free sis try buat tauhu berlauk. Alhamdulillah menjadi. Sedap pun sedap.Dekat gambo sis sertakan resepinya sekali ye. Siape nak buat boleh ler try..nak letak daging atau udang pun boleh.Selamat Mencuba”
Bahan-Bahan:
2pek tauhu telur
2 keping tauhu putih (tauhu nak buat tahu sumbat tu ye) saya guna tauhu saiz besar, kalau kecik guna 3 keping.
2 biji telur
½sudu makan garam
½ sudu makan lada hitam & lada putih
lobak merah
daun sup
daun bawang
1 keping dada ayam
Cara Membuat:
1.Blender semua bahan-bahan di atas kecuali lobak merah, daun bawang & daun sup.Masa blender tu tak yah letak air ye, sebab bahan-bahan semua tu lembut.
2.Blender sampai hancur. Dah hancur masuk daun sup, daun bawang & lobak merah yang kita hiris.
Ads
3. Gaul rata dan lepas tu kukus. Letak dalam bekas yang sesuai.Isi dalam bekas dan kukus 15 minit. Saya letak dalam acuan kuih lompang je, senang.
4.Dah masak keluarkan dari acuan je. Tak payah nak potong-potong dekat acuan. Tak perlu sapu minyak ye, isi terus adunan tadi. Ni rupa dah siap kukus, dah dikeluarkan dari acuan tadi. Saiz sama je.
5.Ni rupa dah goreng. Nak goreng tu celop dulu dengan telur dan lepas tu goreng sampai perang. Tak nak celop telur pun tak pe tapi tak cantik ler rupe tahu berlauk kite.
Ads
Siap..saya makan dengan cili kicap.
Ads
Info Ekstra!
Sayur dengan ayam tu nak hiris halus-halus pun boleh. Yang penting tauhu telur,tauhu & telur ayam tu blend sampai hancur dan sebati. Lepas tu boleh letak bahan yang kita hiris tu..gaul & kukus.
Makan dengan cili kicap. Nak buat cili kicap tu senang je..blend cili api, bawang putih & kicap manis. Blend sampai hancur cili dan bawang tu..siap! boleh ler makan dengan tauhu berlauk kite tadi.
MW: Sedapnya! kena cuba resipi tahu berlauk dan cara yang dikongsikan ini. Makan panas-panas memang tak toleh kiri kanan.
Musim PKP ni, apa kata kita buat projek biskut raya dengan anak-anak. Dapat juga jimatka duit dan isi masa lapang bersama. Bahan-bahan nak buat Chocolate Macadamia Biscuits pun mudah nak dapat dan cara buat senang je.
Syaratnya, jangan derhaka dengan resipi yang dikongsi oleh Pemilik The Bakers Hut Bakery, Azlan Ahmed Tauzan ni. Ikut je sebijik-sebijik, insya-Allah jadi.
Resipi Chocolate Macadamia Biscuits
Bahan-bahan :
200 gm tepung
½ sudu teh garam
30 gm serbuk koko
½ sudu teh soda bicarbonat
150 gm mentega (unsalted)
150 gm gula perang
30 gm gula pasir
1 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
90 gm kacang macadamia}dicincang
Cara membuat :
Ayak bersama tepung, garam, serbuk koko dan serbuk penaik.
Pukul mentega sehingga lembut dan campurkan gula perang dan gula pasir, adun sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Masukkan adunan tepung dan kemudian kacang macadamia, adun sebati.
Leperkan adunan, tekap menggunakan acuan berbentuk hati. Lekapkan di atas adunan dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 180 c selama 8 hingga 10 minit sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.
1-Pastikan dulang dibasuh bersih dan dilap kering sebelum digunakan.
2-Semasa hendak digunakan, sapu nipis marjerin pada dulang atau acuan tersebut.
3-Lepas tu, masukkan acuan/ dulang seketika dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120 C selama 10-15 minit.
4-Keluarkan acuan/ dulang pembakar. Biarkan ia sejuk. Selepas itu, bolehlah digunkan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan dan tidak melekat pada dulang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mee Goreng Basah. Membayangkan mee goreng yang basah berkuah macam ni memang mengundang selera. Apatah lagi makan panas-panas, letak cili jeruk dan perahan limau nipis.Nostalgia dulu-dulu, jika beli mee goreng macam ni dilapik dengan plastik dan dibungkus dalam surat khabar.
Nak mengimbau memori, boleh je kita buat mee goreng basah ni dan bungkus sendiri di rumah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Emee Shamini sebagai rujukan;
Ni abang bukan beli tau. Abang masak Mee goreng nostalgia. Payah nak dapat rope mee goreng camni sekarang. Rencah dia kita boh sawi, tauge,isi ayam, taqua,teloq. Kita bungkuih siap dengan paper, baru datang kick dia. Kita boh jugek cabai jeruk dengan perahan limau nipih time kita makan. Memang surrr baq hang. Pebret mak andeh kita ni. Jempot makan geng. Tak hensem takpe, janji dapor berasap.
Resepi Mee Goreng Basah
Bahan-Bahan:
Sepeket mee kuning (lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
Kicap lemak manis
Kicap Masin
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak, dan gorengkan 2 biji Telor. Hancurkan kasar, ketepikan.
2. Tambah sedikit mnyak pada kuali, tumiskan bawang biar agak garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak.
4. Dah ok, masukan isi ayam dan kacau rata, biar seketika.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan terus masukkan air rebusan ayam. Biar mereneh seketika, kepekatan kuah ikut sukatan memasing.
6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih masukkan tauhu,telor.
7. Akhir sekali masukkan mee. Kacau rata kemudian letak sawi dan tauge. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api.
MW: Memang menarik resipi mee goreng basah yang dikongsikan ini. Nampak sangat sedap dan cukup membuka selera. Bertambah nostalgia pula bila bungkus dalam ‘paper’. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Jumaat kali ni, MW kongsi empat menu pemanis mulut popular dikalangan masyarakat Melayu. Memang kaedah penghasilannya agak rumit, tetapi jika tak di buat, mana nak tahu hasilnya bagaimana kan? Mana tau kekerapan buat juadah tradisi ini, boleh menjadi sumber pendapatan tambahan anda dan keluarga. Jom cuba…bahan-bahannya tak sukar nak cari.
PUDING RAJA Bahan-bahan:
Pisang lemak manis masak ranum.
Minyak yang banyak untuk mengoreng.
Sedikit minyak sapi campur dalam minyak. Bahan-bahan Jalamas:
Kuning telur
Gula
Air
Daun pandan Bahan-bahan Sos:
2 tin susu cair .
4 biji kuning telur.
Gula secukupya.
Air secukupnya.
Esen vanilla secukupnya.
Daun pandan. Cara Membuat:
1.Goreng pisang hingga masak (susun dalam mangkuk hiasan)
2.Jalamas
3.Didihkan air gula dan pandan hingga air gula menjadi pekat.
4.Letak kuning telur dalam acuan roti jala dan ayak dalam air gula tadi. Angkat dan toskan Cara Membuat Sos:
Masukan susu cair dn semua bhn sos dlm periuk dn masak atas api perlahan.
Sejukkan.
Hiaskan dengan ceri, prune dan gajus
CUSTARD COCKTAIL Bahan-bahan
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung custard
6 cawan ais
Setengah cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen rose Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan di atas api yang perlahan.
2.Kacau sehingga masak. (sekiranya keras boleh di tambah air)
3.Bila sudah tutup api masuk esen rose Bahan-bahan Kuah:
2 tin susu cair
1 tin air
Gula secukup rasa
2 biji kuning telur
1 helai daun pandan Cara Membuat Kuah:
1.Satukan semua bahan tersebut.
2.Masak di atas api yg perlahan.
BUBUR BIJI NANGKA Bahan-bahan:
Tepung pulut
Air dan secubit garam
Pewarna kuning hijau merah
Santan pekat
Gula secukupnya.
1/2 inci halia potong nipis.
Sedikit halba
Secubit garam Cara Membuat:
1.Adun tepung pulut campur secubit garam dan air hingga menjadi doh.
2.Bahagikan tiga bahagian dan warnakan.
3.Bentukkan bujur dan rebus dalam air panas seketika dan toskan.
4.Masak santan pekat dengan gula serta secubit garam.
5.Masukan halia dan halba.
6.Bila santan sudah mendidih masukan semua biji-biji nangka tadi. Kemudian masak sehingga sebati.
BADAK BERENDAM Bahan-bahan:
Tepung pulut
Air
Gula kabung
Secubit garam
Santan pekat Cara Membuat:
1.Adun tepung pulut garam dsn air hingga menjadi doh.
2.Bulat-bulatkan dan letak ketulan gula kabung ked alam bulatan tepung dan tutup rapi. Bahan-bahan Santan Pekat:
Santan pekat letak sedikit tepung pulut dan secubit garam bancuh sebati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.