Senang sangat nak buat kuih ulat bulu berintikan kacang merah ini. Bahan-bahan untuk buat pun tak banyak. Sedap sangat dimakan masa panas panas.
“Kuih ulat bulu. pertama kali buat. pertama kali makan, terus jatuh cinta tak pecaya cuba buat memang sedap!”
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
air suam
kelapa parut (putih)
secubit garam
pewarna
inti kacang merah – beli di bakeri
Artikel Berkaitan:
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Guna Sukatan Cawan Dapat 45 Biji
1-bancuh tepung dengan air dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak lekat pada tangan. Bahagikan untuk mewarna.
2-Ambil doh, tepek dan masukkan inti kacang merah. Tutup dan bentukkan.
3-Ini dah siap dibentuk. Tunggu air mendidih, kita nak rebus macam buat buah melaka tu.
4-Rebus dalam air mendidih. Bila dah terapung tu tanda dah masak. Angkat masuk dalam bekas berisi air. Rendam seketika kemudian toskan.
5-Salut kuih dengan kelapa parut putih yang telah dibubuh garam. Gaulkan.
6-Kuih ulat bulu inti kacang merah..nyum. Selain inti kacang merah, bubuh inti kelapa, inti kacang hijau pun boleh juga.Namun inti kacang merah lagi popular .Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Sumber: Aishah Ismail