Uniknya Manisan Tradisional Melayu

Share

Sekadar menyebut beberapa jenis manisan tradisonal popular seperti kuih koci, kuih talam, kole kacang dan bahulu kemboja, sudah cukup membuatkan ramai terliur untuk menikmatinya.

Kita bertuah kerana setiap negeri di negara ini mempunyai kuih dan manisan tradisional yang menjadi ‘trademark’ negeri masing-masing. Misalnya negeri Kelantan terkenal dengan akok, Terengganu dengan Tok Aji Serban (Pulut Sekaya), ia masih kekal diminati walau pun zaman sudah berubah malah pelbagai manisan baru dicipta dan viral. Ternyata manisan ‘orang lama’ tetap mempunyai peminat tersendiri.

Mingguan Wanita Talkshow telah mengenengahkan topik ‘Uniknya Manisan Tradisional Melayu’ bersama para tetamu jemputan termasuklah Chef Asma, pemilik Chef Asma Culinary Studio yang juga terkenal sebagai ‘Sifu Kuih Talam’.

Menurut Chef Asma, kuih tradisional adalah yang menggunakan herba-herba tempatan, yang terdapat di negara ini, seperti kelapa dan daun pandan yang banyak digunakan dalam pembuatan manisan tradisional.

Cara Lama

Secara peribadi, Chef Asma masih mengekalkan cara tradisi orang lama untuk penyediaan  kuih dan manisan yang disediakannya. Misalnya, menurut chef, pembuatan menggunakan mesin untuk membuat kole kacang, tekstur kole itu akan berbeza kerana kacang yang dimesin lebih halus. Jadi, tidak begitu terasa akan kacangnya bila dimakan. Begitu juga bila membuat kuih koci. Bila menggunakan mesin, teksturnya agak liat.

Disebabkan itu, menurut Chef Asma, dia lebih selesa menggunakan cara lama dalam penyediaan kuih muih tradisi untuk mengekalkan elemen tradisi kuih muih tersebut. Bahkan dia tidak banyak menggunakan pewarna tiruan dan lebih gemar menggunakan pewarna semula jadi, seperti daun pandan untuk mendapatkan warna hijau.

Tip Chef Asma:

Chef Asma sempat berkongsi bagaimana caranya hendak menggelakkan santan lebih lambat basi. Antaranya:

1. Ketika menyelenggarakan kelapa untuk menjadi santan, pastikan tangan bersih, begitu juga perkakasan.
2. Selepas diperah, masukkan segera ke dalam peti sejuk.

Jangan lupa saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 5 petang bersama hos Siti Elizad dan Raden.

Tetamu undangan lain adalah YM Dato’ Paduka Datin Seri Sharifah Hishmah, Puan Junaidah Bt Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Adat Dan Budaya, Jabatan Warisan Negara serta penyanyi Bienda.

#mingguanWanitaTV

#mingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Published by
Nurul Azwa