
Isi Kandungan
ToggleKalau ada nasi lebih atau tak habis kat rumah tu, mak-mak boleh buat kuih serabai yang gebu lagi lembut ni. Guna tepung beras, nasi dan santan pekat sebagai bahan utama, disamping bahan-bahan lain. Nak buat pun mudah. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau sarapan pagi. Lebih berbaloi satu adunan boleh dapat 40 keping.
Baca lagi disini:
Tip Pilih Tepung Beras, Rupanya Setiap Jenis Ada Kegunaan Masing-masing
Apam Milo Viral 4 Bahan Kukus 20 Minit Siap, Pertama Kali Buat Terus Menjadi! Ini Caranya..
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain ini.
RESEPI SERABAI GEBU
1 ADUNAN (40pcs)
Bahan-Bahan:
4 cawan tepung beras (cap teratai)
1 cawan nasi
1 cawan santan pekat
3 cawan air
2 sudu kecil yis
4 sudu kecil gula
sedikit garam
Cara Membuat:
1.Blend semua bahan kecuali mauripan.
2.Masukkan adunan yang dah diblend tadi dalam mangkuk dan masukkan yis, gaul rata dan tutup. (Peram dalam 1 jam).
3.Panaskan acuan ,oleskan dengan minyak, masukkan adunan sesenduk-sesenduk dan tutup dengan penutup periuk.
4.Api slow ye, jangan diterbalikkan. Bila bawah dah kuning-kuning baru angkat.

Selamat Mencuba!
Info Extra!
- Biasanya serabai dimakan dengan kuah santan lemak manis atau kuah gula.
- Kalau tiada acuan serabai, guna kuali biasa pun boleh.
MW: Gebu sungguh kuih serabai ikut resipi yang dikongsikan ni. Memang berbaloi, nak buat pun mudah.
Sumber: Faizah Md Zain
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Asap Teh, Resipi Masakan Cina Paling ‘Aneh’, Pelik Tapi Sedap!

Isi Kandungan
ToggleMasakan cina terkenal dengan teknik masakan sihat seperti kukus,rebus dan panggang. Bagi mak-mak yang suka masakan cina boleh cuba resipi Ayam Asap Teh yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Menurut perkongsian beliau, resipi ini dipelajari ketika dengan kawannya ketika zaman belajar. Agak unik nama resipi dan cara penyediaan Ayam Asap Teh ini, namun yang pastinya rasanya cukup sedap, secukup rasa masin, manis dan penuh beraroma.
Berikut perkongsian resipi Ayam Asap Teh tersebut;
“Zaman student dulu, saya ada belajar masakan cina daripada coursemate saya. Resepi yang saya paling aneh dia ajar adalah Ayam Asap Teh. Pelik sikit nama dia, tapi sedap.”
Bahan-bahan Perap:
½ ekor ayam
½ sudu teh lada hitam
1 sudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu madu
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam secukup rasa
Bahan Perasap:
3 uncang teh (black tea)
3 sudu beras
3 sudu gula perang
Cara Membuat:
1.Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
2.Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
3.Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
4.Ni saya panaskan air untuk kukus ayam. Saya pakai api besar.
5.Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
6.Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
7.OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
8.Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
9.Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
10.Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
11.Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.
12.Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita.
*terlebih pula beras saya
13.Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
14.Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
15.Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!

16.Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
17.Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
18.OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
19.Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.
20.Menggiurkan tak? Makan dengan nasi ayam sedap ni! Kalau beri orang makan, mesti orang tertanya-tanya aroma apa yang kita bubuh pada ayam ni. Aroma dia memang membangkitkan selera.
21.Nah lagi! Lihat gambar ni, boleh bayangkan tak, masin dan manis kulitnya, serta betapa lembut isinya?
Baca lagi disini:Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang nak mencuba kelaianan, dengan masakan cina. Pastinya lebih sihat, sedap dan penuh beraroma. Selamat Mencuba!
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Kek Pisang Coklat MOIST, Godek Pakai Senduk Pun Takde Hal

Kata tuan punya resepi ini, Rushdi Lazim, kek pisang coklat yang dinamakan Kek Pishang Cekelat Cluster Kayangan ini sedap sangat dan moist giler. Resepi dan cara nak buat pun mudah yang amat.
“Chapchusss siap!! Takyah mixer semua. Godak pakai senduk pun takde hal.. Mesti jadi.”
Lebih menarik, resepi yang dikongsi tokey biskut raya sedap terpelanting ni dah pun dicuba oleh beberapa orang netizen dan ternyata menjadi kesedapannya. Apa lagi mak-mak.. cubalah boleh jadi kek hari raya paling ‘letoopan’ musim PKP ni.
Cara Buat Kek Pisang Coklat Moist Cluster Kayangan
Bahan-bahan
4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam. Tapi abe punya tak cukup ripped.. Tapi lantakkan. Haha.
120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice.
115 gram butter (cairkan)
120 gram buttermilk ( caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan.
Vanilla essence sikit
Bahan kering
160 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
80 gram belgian callebout choc
30 gram walnut (lebih pun takpe)
Sedikit Belgian choc dan walnut untuk topping.
Abe bancuh 2 resepi untuk hasil dalam gambar tu.
Mula-mula cairkan butter.. Secair kau melihat diriku. Kahkahkah.
Lepas tu kau hempuk pisang sampai lumat. Mudah je.. Abe bayangkan ex abe yang tinggalkan abe sebab abe takda kete honda. Haha.
Maka lumat la pishang tu.. Ohhh pishanggggnyaaaaaa!!
Masukkan gula perang.. Tapi macam tak perang sangat ek dalam gambar.. Macam chicken floss plak abe tengok rupa dia kan. Haha.
Lantak!
Masukkan melted butter yang kau dah cairkan awal-awal tadi.
Sebelum kau tanya, abe jawab siap-siap.
“ye guna minyak masak pun boleh.. Takda minyak masak, kau guna je minyak goreng ikan sahur tadi”
Hahaha.
Masukkan bancuhan buttermilk yang kau dah siapkan.
Masukkan bahan kering, sekering hati abe tolak ajakan kau untuk kapel balik.. Pergilah kau dekat abang honda kau tu!!
Masukkan coklat belgian callebout dan walnut.
Godakkan semua sampai sebati.
Jangan ditanya nak letak kacang almond boleh ke bang? Kacang pecan boleh ke bang? Kacang tanah boleh?
Letak la dik kacang apapun.. Duit kau..
Haha.
Jangan letak kacang panjang sudah.
Walaaaaa sikit lagi nak siap.. Masukkan dalam loyang.. Gune je loyang apapun yang ada kat rumah tu.. Takda hal.
Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening.
Nak elakkan kek melekat.

Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut..
Barulah cluster kayangan kek kau…mewah!!
Bakar pada suhu 150 ke 160′ c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.
Tipss
Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nanti… Kang tetibe kau habis bakar, kau tengok coklat dan walnut tu hilang, mula la kau nak cakap ada orang santau kau. Hahahha.
Padahal dah ke jatuh ke dasar dah ha..
Ok guys semoga berjaya.
Ni la hasil keratan rentas kek cluster kayangan kau tu nati.
Moist, sedap giler, mewah, chocolatey.
Memang kalau makan boleh terpelanting kesedapan. Haha.
Selamat mencuba mak-mak!
Sumber/Foto : Rushdi Lazim
Resepi : Kek jantung pisang, bakar dalam kuali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi PENJARAM Lembut Cantik Bersarang Di Dalam, Rangup Ropol Topi Di Tepi!

Isi Kandungan
ToggleKuih penjaram atau ada juga yang memanggil namanya penyaram, cucur jawa, cucur topi merupakan kuih tradisonal kegemaran ramai. Nak membuat kuih ini memang nampak mudah, namun ada caranya untuk menjadikan ia cantik bersarang dan lembut di dalam, dan menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi.
Nak tahu resipi dan caranya supaya Kuih Penjaram ini menjadi boleh ikut seperti yang dikongsikan oleh Puan Leeina Qaliena ini sebagai panduan;
Penjaram Ummi Rizqi, kegemaran keluarga. Ramai yang bertanya cara penyediaan. Jadi saya edit resepi yang lengkap sebab dalam video hanya bahan sahaja yang saya kongsikan.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kpd 3/4 cwn shj)
2 1/4- 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati.Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
**Tips: Wisk adunan sehingga timbul bubble atau kacau menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.(Boleh juga diperap didalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota: Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik.Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Selamat mencuba ikhlas dari saya Qleena Kitchen.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi KUIH ROS Confirm Jadi, Sedap Rangup Elok Cantik Kejadiannya!
TEKNIK 2 Kali Goreng, Kuih Bom Bijan Cantik ‘Confirm’ Tak Meletup!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat kuih penjaram yang lembut, cantik bersarang di dalam, ringan,rangup ropol topi di bahagian tepi. Boleh cuba nanti ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Leeina Qaliena
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI