Siapa yang suka kuih peneram, bolehlah cuba buatnya. Hanya guna campuran 2 tepung, kuih ini jadi rangup di luar dan lembut di bahagian dalamnya.
Boleh cuba resipi kuih peneram yang dikongsikan oleh CT Liz ini.
4 cawan tepung beras cap 3 Gajah
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Artikel berkaitan:
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Sedap & Senang Sangat Buatnya!
1-Panaskan air dan gula atas api hingga mendidih dan meruwap berbuih.
2-Tapiskan dan masukkan sedikit demi sedikit air panas dalam tepung. Gaul sebati. Dah jadi bertali, stop kan air gula.
3-Perap 2 hari ( suhu bilik ) adunan akan menggelembung. Itu tandanya adunan sempurna.
4-Uli sekejap. Terap dan goreng dalam minyak panas. Gunakan api sederhana ketika menggoreng.
Selamat Mencuba!
Sumber: CT Liz