Isi Kandungan
ToggleSiapa yang suka kuih peneram, bolehlah cuba buatnya. Hanya guna campuran 2 tepung, kuih ini jadi rangup di luar dan lembut di bahagian dalamnya.
Boleh cuba resipi kuih peneram yang dikongsikan oleh CT Liz ini.
Resipi Kuih Peneram
Bahan-bahan
4 cawan tepung beras cap 3 Gajah
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Artikel berkaitan:
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Sedap & Senang Sangat Buatnya!
Cara Buat
1-Panaskan air dan gula atas api hingga mendidih dan meruwap berbuih.
2-Tapiskan dan masukkan sedikit demi sedikit air panas dalam tepung. Gaul sebati. Dah jadi bertali, stop kan air gula.
3-Perap 2 hari ( suhu bilik ) adunan akan menggelembung. Itu tandanya adunan sempurna.
4-Uli sekejap. Terap dan goreng dalam minyak panas. Gunakan api sederhana ketika menggoreng.
Selamat Mencuba!
Sumber: CT Liz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asam Pedas Ikan Kembung Lemak SEDAP, Tumis Cabai Kena Lama, Biar Betul-Betul Masak!
Isi Kandungan
ToggleBagi orang Johor dan Melaka, menu Asam Pedas ni bagaikan satu kemestian. Nak buat Asam Pedas yang sedap, cantik warnanya kena pastikan tumis cabai dengan lama sehingga betul-betul masak garing. Malah kuahnya mesti pekat, secukup rasa masam dan pedasnya. Tak kisah guna apa jenis ikan pun, daging mahupun ayam.Semuanya sedap. Namun, ikan kembung selalu menjadi pilihan kerana ia isinya ‘manis’ berlemak.
Mak-mak penggemar asam pedas, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini.
Asam Pedas Ikan Kembung Lemak. Menu favourite arwah ayah. Arwah ayah orang Johor. Memang boleh kata seminggu tu mesti ada menu ni mak masak. Anak dia kalau masak kadang-kadang jadi, kadang-kadang idok.
Tip mak, tumis cabai tu kena lama, biar betul-betul masak. Alhamdulillah, hari ni mood asam pedas sis berkerjasama dengan baik.
Resepi ni ikut style saya ye, kalau tak sama dengan tuan, puan, maaf ya. Sebab ada bahan saya memang tak masukkan.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG LEMAK
Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – kalau nak titik je pun boleh
2 senduk cili blend
Bahan lain:
Ikan kembung @ ikan apa-apa pun ok
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blend sampai betul-betul pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3.Dah didih boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Biar api sederhana sampai didih dan ikan masak.
4.Last sekali letak garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh.
Info Ekstra!
- Nak pekat bahan-bahan kena banyak, tak cukup nanti kuah cair tak best.
- Saya suka masak guna kuali besar macam ni. Senang nak kacau.
Siap! Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Lumur Ikan Dengan Kunyit Hidup, Rahsia Masak ASAM PEDAS Lebih Sedap!
KUAH LADA Kelapa Bakar, Rasa Tak Sama Macam Asam Pedas Biasa
Resipi Asam Pedas Melaka & Johor, Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!
Mingguan Wanita:Sedapnya makan asam pedas dengan nasi panas. Boleh cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini nanti.
Sumber: Sharinaz Redwan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Begini Rupanya Resipi LAKSA SARAWAK Sedap, Semerbak Bau Satu Rumah!
Isi Kandungan
ToggleBagi peminat laksa, jika selalu masak laksa Penang, Laksa utara mahupun Laksa Johor boleh cuba kelainan buat Laksa Sarawak pula di rumah. Kebiasaannya, kuah laksa menggunakan ikan sebagai ramuan utama dan laksa beras mahupun spagheti, naman istimewanya Laksa Sarawak menggunakan isi ayam dan mee hoon.
Boleh cuba buat sendiri Laksa Sarawak yang sedap ini di rumah ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Nolly’s Kitchen sebagai panduan.Aromanya memang semerbak bau satu rumah.
Selepas hujan, cuaca sejuk-sejuk gitu..Makan pulak Laksa Sarawak panas-panas, memang marvellous. Makan petang hari nih, kenyang sampai ke malam lah nampaknya. Satu rumah semerbak bau rumah.
LAKSA SARAWAK
Bahan-Bahan (Sup Laksa Sarawak):
2 belah dada ayam/isi ayam
200 gram pes laksa Sarawak *Boleh Beli Di Sini : https://invol.co/cl5kpau
250 gram udang
2 liter air
300 ml santan
2 batang serai
1 kiub ayam
garam secukup rasa
Cara-Cara Memasak Kuah:
1. Basuh dada ayam bersih-bersih, kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.
2. Setelah masak, keluarkan dan toskan dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik-carik)
3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi.
4. Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskan udang.
5. Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.
6. Masukkan pes rempah laksa Sarawak.
7. Masukkn kiub ayam.Masak atas api sederhana sehingga mendidih.
8. Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
9. Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
10. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.
Bahan-Bahan (Mee):
1 pek vermicelli (mee hoon)
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
2. Jika ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga sedikit lembut.
3. Vermicelli biasanya cepat lembut dalam air panas.Jadi jangan rebus terlalu lama Jika direbus terlalu lama, vermicelli boleh hancur.
Bahan-Bahan (Sambal belacan):
3 tangkai Cili padi
5 batang cili merah
1 inci belacan
½ sudu teh garam / rasa
1 sudu teh gula / rasa
1 biji limau nipis
Cara Membuat :
1. Sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.
2. Kisar bersama-sama sehingga lumat.
3. Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
4. Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.
Bahan-Bahan (Hiasan):
Ayam yang telah direbus air tadi disiat-siat
Udang
Telur dadar dipotong nipis
Taugeh dicelur
Daun ketumbar
Limau
Sambal belacan
Cara Penyediaan Laksa Sarawak
1. Masukkan meehoon dalam mangkuk.
2. Hiaskan dengan ayam yang dicarik-carik tadi.
3. Susun udang.
4. Masukkn taugeh dan daun ketumbar.
5. Makan bersama sambal belacan dan perahan asam limau.
Sedia untuk dihidangkan
Resepi Asal : kk@pbt
Diolah oleh: Uwan Nolly Epin
Baca Lagi Di Sini :
Tak Perlu Masak Lama, Ini Cara Mudah & Cepat Rebus Laksa Kering!
Resipi LAKSAM Sedap & Mudah Sukatan Untuk 4 Orang Makan
Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!
Resipi Turun Temurun Laksa Johor Mak, Sangat Simple Tapi Sangat Lazat, Kena Ikut Cara Ini
Mingguan Wanita : Menarik resipi Laksa Sarawak yang dikongsikan ini, boleh cuba nanti masak sendiri di rumah.
Sumber : Nolly’s Kitchen
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CARA BETUL Buat Garlic Chili Oil, Barulah Tak Hangit & Tahan Lama!
Isi Kandungan
ToggleGarlic Chili Oil atau Minyak Cili Bawang Putih ni memang sedap jika kita tambah dalam bubur, sup ayam mahupun cicah untuk dumpling. Meskipun hanya 3 bahan yang digunakan untuk buat Garlic Chili Oil ini, namun jika salah caranya ia mudah hangit dan tak tahan lama.
Nak belajar cara betul buat Garlic Chili Oil ini, boleh ikut tip dan resipi yang digunakan oleh Puan Zurina Zulkefli ini sebagai panduan.
Resepi Garlic Chili Oil, untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah untuk dumpling.
Pagi-pagi dah dapat panggilan dari kawan di Kuantan, mengadu chili oil dia asyik tak jadi je. Kenapa hitam? Dah tengok tutorial di youtube pun masih jadi hangit. Bila saya tanya betul-betul cara dia masak, saya rasa takde masalah pun tapi kenapa chili oil dia cepat hangit.
Saya minta dia tunggu sekejap, saya ke dapur.Tak sampai 10 minit siap chili oil saya. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar. Siap, khas untuk Azrina Azri.
Dulu saya buat berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak-banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resepi je senang, semua orang boleh buat.
Bahan-Bahan Diperlukan:
2 sudu besar chili flakes
*Chili flakes yang saya guna ni, chili flakes korea (Gochugaru).
Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.
4 sekawan (Kayu manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga & Cengkih)
7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Cincang ya, bukan tumbuk bukan kisar hancur macam pes tu.Boleh guna mesin kisar tangan/manual.
Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
Masuukkan dahulu 4 sekawan.
Tunggu minyak panas, kemudian masukkan bawang putih, gaul dan masak.
Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.
Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin.Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.Garlic Chili oil baru siap masak.
Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Ini gambar chili oil saya yang dulu, makan dengan bubur kosong. Sedap.
Baca Lagi Di Sini :
Tak Perlu Beza Minyak Masak PAKET Atau BOTOL, Pentingnya Elak Guna Berulang Kali
Petua Pokok Berbuah Lebat, Tak Berulat, Tabur Garam & Guna Minyak Masak Terpakai
Makanan Berkuah Bertambah SEDAP, Masukkan 2,3 Sudu Minyak Bawang Putih!
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara betul nak buat Garlic Chili Oil, barulah tak hangit dan tahan lama. Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Zurina Zulkefli
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI