Sajian untuk petang ini KHANOM KHAI NOK GRATAA @ THAI FRIED SWEET POTATO yang enak kalau dimakan bersama kopi o panas. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Hafizah Fiza dari Perlis. Sedap, lemak manis dan ranggup diluar meleleh di dalam! Jom, cuba buat sendiri.

 

Kuih Menu Petang Simple, Ubi Keledek Goreng Ala Thai

 

Bahan-bahan:

500grm ubi keledek oren

2 1/4 cawan tepung ubi (225gm)

IKLAN

1/3 cawan tepung gandum (30grm)

1 sudu besar baking powder

4 sudu besar gula putih

1/2 sudu tea garam

IKLAN

Cara Buat:

1. Ubi keledek dikupas dan dipotong kemudian dikukus selama 20 minit.

2. Toskan masukkan ke dalam bekas kemudian lenyet/tumbuk bagi halus.

3. Masukkan semua tepung ubi, gandum, gula, garam dan baking powder gaul bagi sebati.

IKLAN

4. Bentukkan menjadi bulat-bulat, jangan besar sangat sebab bila menggoreng nanti dia akan menggelembung.

5. Jika melekat ditangan pedapkan tepung sedikit di jari. Bulatkan sehingga habis kemudian panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana panas untuk mendapat warna keemasan.

6. Sambil menggoreng bulatkan bola kecil, bila dah kekuning keemasan angkat dan toskan.

7. Sruktur kulit luarnya akan menjadi bulat dan halus sebab kita dah masukkan tepung ubi lebih dari tepung gandum.

Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI