Kuih Lipat ini merupakan antara kuih tradisi Terengganu. Rasanya agak mirip karipap. Tak susah sebenarnya hendak membuat kuih ini. Ikuti saja langkah demi langkah yang dikongsikan oleh wanita kelahiran Terengganu ini,.

Mudahkan? Jom buat sendiri Kuih Lipat. Tak perlu ke Terengganu lagi untuk menikmatinya. Selamat mencuba!

Kuih Lipat Terengganu

Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!Bahan inti:

150gram daging – potong kecil dan rebus
6 biji kentang – potong dadu
6-7 ulas bawang putih – hiris (2 biji blender)
5 biji bawang merah – hiris ( 3 bii blender)
3-4 labu bawang besar – potong dadu ( 1 biji blender)
Sedikit rempah gulai daging @ ayam
Sedikit rempah cap bunga Ros – jika ada
Sedikit daun sup – racik
Cili padi – pilihan
Garam dan gula
Minyak masak

Bahan Kulit:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 biji telur
Secubit garam
Sedikit air

Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!

IKLAN

Cara Membuat Kuih Lipat:

Satukan 2-3 sudu rempah kari daging bersama rempah cap Ros dan bawang kisar. Kacau sebati. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tadi hingga pecah minyak. Biar seketika.

Bila dah pecah minyak, masukkan bawang-bawang yang dihiris dan dipotong dadu tadi. Kacau perlahan hingga masak. Masukkan pula daging yang telah direbus diikuti air rebusan daging. Biar mendidih.

Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!Apabila nampak dah agak kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati, tambah sedikit air dan masak hingga kentang empuk. Kalau nak sedikit pedas, boleh masukkan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jangan masak terlalu lama takut hancur. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tabur daun sup di atasnya dan kacau. Ketepikan.

IKLAN

Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!Untuk membuat kulitnya; gaulkan gandum dan air, kacau rata. Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam pengisar, masukkan telur dan garam dan kisar untuk dapatkan kulit lagi cantik dan licin.

Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!Panaskan kuali. Jika tak menggunakan ‘non stick pan’, boleh letak sedikit minyak supaya tak melekat. Sendukkan sedikit adunan tadi dan letak di tengah kuali. Ratakan seperti membuat lempeng.

IKLAN

Angkat apabila gelembung udara muncul di tengah dan di kelilingnya agak terangkat. Ulangi proses hingga selesai. Setelah itu, letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit dan gulung seperti popia.

Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!Panaskan minyak dengan kuantiti yang banyak dan bolehlah goreng. Angkat dan tos. Selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila hendak goreng. Jangan lupa Alaskan dengan plastik tiap lapisan kuih agar tak melekat.

Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!Untuk membeli bahan-bahan dan kelengkapan memasak, boleh klik sini

Sumber: Lainatul Aisyah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI