Kuih Lapis Labu Gedik, Ada Caranya Nak Biar Tahan Lebih Lama, Tak Mudah Basi & Lapisannya Cepat Masak!

Share

Cantik sungguh Kuih Lapis Labu Gedik yang diberi nama oleh pemilik resipi Marlia Lia ini didalam perkongsian page Masak Apa Hati Ni (MAHN). Jika mak-mak rajin buat kuih pasti tahu, kuih yang selalunya menggunakan santan ni, agak susah nak tahan lama dan mudah basi.Nak buat kuih lapis pula agak renyah dan makan masa kerana perlu dikukus selapis demi selapis sehingga masak.

Rupanya ada cara tertentu yang dikongsikan oleh wanita ini agar kuih lapis ini boleh tahan lebih lama, tak cepat basi dan cepat dimasak setiap lapisannya.

Berikut merupakan perkongsian oleh beliau;

“Pagi ni saya buat Kuih Lapis Labu . Cantik tak? Yang pasti tiada pewarna tambahan sebab kuning labu dah memang cantik. Sebelum ni saya pernah share resepi Kuih Buah Melaka Labu. Ada yg dah try buat tak? Ni saya share pulak resepi Kuih Lapis Labu ya.Bolehla masukkan list menu untuk berbuka puasa nanti.Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki, sihat selalu ye.”

Bahan-Bahan:

¼ biji labu saiz sederhana
4 cawan santan segar.
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
¾ atau 1 cawan gula halus (Saya guna ¾ cawan sahaja.Kisar gula supaya senang larut)
¼ camca teh garam

Cara Membuat:

1.Mula-mula kupas labu, basuh dan kukus.


2.Kemudian kisar sehingga halus, anggaran ½ cawan selepas dikisar.Saya guna pengisar kering sahaja.


3.Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata tepung beras, tepung gandum, tepung jagung,gula halus dan sedikit garam.


4.Panaskan dan kacau santan atas api perlahan hingga suam kuku.


5.Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati. Guna hand whisker kemudian tapis supaya tidak berketul-ketul.


6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dicampurkan dengan labu.


7.Panaskan kukusan hingga air mendidih.Panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu.Loyang dah betul panas baru start melapis.Kukus dengan api sederhana.

8.Setiap lapisan, kukus selama 5minit.Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit.

Tips Ekstra!

  • Saya guna loyang bulat saiz 9″
  • Santan perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya tak ambil masa lama nak mengukus dan kuih cepat masak.
  • Untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, buka penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi, supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi.

Selamat Mencuba!

Sumber: Marlia Lia

Published by
Suhaidah Abd Wahab