Kuih Ketayap Buah Naga, Rasanya Sedap, Hasil ‘Kejadian’ Pun Cantik
Kuih ketayap biasanya menggunakan daun pandan untuk warna hijau selain menggunakan pewarna makanan. Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu.
Inti kuih ketayap tentunya kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Jom kita cuba resipi membuat kuih ketayap seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini.
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zura Zul