Kuih KASWI Pandan Lembut Bergedik, Guna Acuan Cantik Boleh Dapat 24 Biji!

Share

Kuih Kaswi antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lemak manis dan lembut, memang sedap dinikmati bila-bila masa. Jika selalu kita buat kuih Kaswi Gula Merah masukkan dalam loyang je, boleh cuba resipi Kaswi Pandan.Memang sedap dan cantik. Resipi guna sukatan cawan memang mudah, guna acuan boleh dapat 24 biji.

Ikut resipi Kaswi Pandan Cantik yang dikongsikan oleh Puan Ziela Ramli ini sebagai rujukan;

Si hijau cantek ni asyik lalu lalang dekat wall FB, hari ni kena juga buat. Bukan sebab viral tpi sebab suka tengok yang cantik-cantik.

Orang selalu kata indah khabar daripada rupa, tapi hari ni nak tukarlah, “seindah rupa dan khabar.” Tak manis sangat, sedap dan kena dengan tekak. Tekstur kenyal-kenyal sebab tu ada yang bagi nama “ Kaswi Gedik” tpi ada juga yang bagi nama “Kaswi Cantik ”. Excited oo masa keluarkan dari acuan. Memang cantekk pun! Ada yang dah jatuh hati?

Kuih KASWI pandan lembut bergedik,kenyal dan cantik.

Bahan-Bahan:

1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur 
sedikit garam

Acuan kaswi viral boleh beli di sini dan sini :

Cara Membuat:

1. Acuan sapu dulu dengan sedikit minyak.
2. Isi adunan sehingga penuh acuan tu dan kukus 15 minit.
3. Dah masak angkat tunggu kuih betul-betul sejuk baru keluarkan daripada acuan.

Info Ekstra!

  • Resepi ni boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.
  • Kelapa parut kukus sekejap untuk tahan lama tak mudah basi.

Mesti Baca:Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!
Artikel Menarik:Resipi Rahsia Kuih Kaswi ‘Lejen’, Lembut & ‘Bergedik’, Tak Jemu Makan!

Mingguan Wanita: Memang cantik, elok kenyal lembut bergedik kuih kaswi pandan ni bila ikut resipi ni. Nak buat pun mudah, ikut sukatan cawan dan guna acuan cantik ni, mesti jadi nanti.

Sumber: Ziela Ramli

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab