KUIH GUNTING Sedap Resipi Bonda, Setiap Tahun Mesti Buat!

Share

Kuih Gunting antara kuih tradisi yang ramai orang buat setiap kali tibanya Hari Raya. Bahan-bahannya yang digunakan tak banyak, malah nak buat pun senang. Jimat masa dan sangat sedap.

Artikel Menarik: Resipi KUIH SIPUT Lejen, 20 Tahun ‘Menenyeh’ Warna Sekata, Rangup & Sedap!

Jika nak cuba buat kuih gunting sendiri, boleh cuba resipi bonda Puan Tina Syed ini.

Kuih bonda Kita. Tiap-tiap tahun mesti buat. Kuih Kari atau kuih gunting.

Bahan-Bahan:

1 kilo Tepung gandum
1 cawan kecil Planta
Garam sikit
Daun Kari (Hiris halus-halus, lagi banyak lagi sedap)

Cara Membuat:

1. Gaul daun Kari dengan tepung gandum dulu.

2. Kemudian masukkan garam dan Planta.

3. Masukkan pula air dan uli adunan.

4. Jangan lembik sangat. Canai sedang-sedang jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.

5. Hiris panjang-panjang dan gunting halus-halus.

6. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Siap!

*Ada orang letak serbuk Kari, mak kita tak letak.

Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Mesti Baca: Resepi Kuih Gunting Lejen, Begini Cara Gunting Agar Terbentuk Macam Sampan

Baca Lagi Di Sini: Ini Caranya KUIH GUNTING SIRA PEDAS, Rangup Tak Lemau Tahan Lama!

Mingguan Wanita: Macam ni rupanyanya nak buat kuih gunting. Memang mudah guna 4 bahan je. Boleh cuba raya nanti.

Sumber: Tina Syed

Begini kalau nak buat ketupat nasi.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Memang kena ada ekstra pelindung raya musim endemik ni.

Published by
Suhaidah Abd Wahab