Kuih Bihun Madu Rangup & Manis Guna 3 Bahan Je, ‘Adik Beradik’ Cakar Ayam, 1 Kampit Boleh Dapat 80 Keping!

Share

Rupanya hanya 3 bahan je diperukan untuk buat Kuih Bihun Madu yang rangup dan manis.Kuih bihun madu ini, selalunya boleh dijumpai ketika majlis kenduri kendara dikampung-kampung.Kuih ni boleh dikatakan macam ‘adik beradik’ kuih cakar ayam dari segi cara membuatnya.

Jika Cakar Ayam menggunakan ubi keledek, sebaliknya kuih ini menggunakan bihun.Meskipun bahannya sedikit, namun agak renyah untuk membuatny dan memerlukan kesabaran yang tinggi.Tapi jika mak-mak yang cuba buat sendiri kuih bihun madu ini dirumah apa salahnya.

Berikut perkongsian resipi oleh Norfadzilah Ab Ghafar sebagai rujukan;

“Kuih bihun madu ni,1 kampit bihun boleh dapat dalam 80 keping tapi bukan sekali buat boleh dapat terus banyak tu.Saya buat mula-mula belajar dalam internet je tahun 2008. Dulu pun dapat 30 keping je sekali buat.Ketebalan tu skill yang lame-lama akan datang sendiri sebab kita dah boleh agak banyak mana nak letak dalam acuan kita.Kena banyak sabar buat kuih ni sebab main minyak, main panas berlengas lah orang kata”

RESEPI BIHUN MADU

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air
1 peket bihun

Cara Membuat:

1.Masak gula dengan air sehingga betul-betul pekat dan masukkan pewarna mengikut kesukaan.
2.Kemudian masukkan air gula yang dah pekat tadi ke dalam bihun dan gaul sehingga jadi sebati.Bihun tak perlu direndam mahupun dicuci. Hanya perlu ramaskan atau patah-patahkan bihun tersebut.
3.Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan bihun (anggaran segenggam) di dalam kuali masak/goreng hingga ia kembang.
4.Bila sudah kembang masukkan ke dalam bekas plastik kecil mesti ada paling kurang sepasang bekas yang sama saiz.Saya guna cawan kedai rm2.Tekap dengan cawan yang 1 lagi.


5.Kemudian keluarkan dari bekas.(part menekap ni kena cepat sebab dia takkan melekat kalau dah sejuk)

Siap!
Selamat Mencuba!

Sumber:Norfadzilah Ab Ghafar

Published by
Suhaidah Abd Wahab