Kuih ‘Beko Nyor’ Yang Original Atau Perisa Pandan, Guna Kelapa Parut Muda Lebih Sedap!

Share

Rupanya rahsia untuk buat kuih ‘Beko Nyor’ atau lebih dikenali Bingka Kelapa lebih sedap, tak kiralah nak buat yang original mahupun perisa pandan adalah menggunakan kelapa parut yang masih muda. Kuih ni rasanya lembut dan lemak manis, sesuai sangat dibuat untuk minum petang. Bahan-bahannya tak banyak nak buat pun mudah.

Berikut perkongsian resipi oleh Aizaakma Jaafar sebagai panduan;

“Bila hari cuti je sahabat R datang bertandang, sebelah dapur masak lauk sebelah lagi untuk kuih.Alang-alang datang tu maka jadi la kuih feberet kami laki bini.Ada tempat panggil beke nyor, ada panggil beko nyor, ada jugak panggil bingka kelapa.Buat sendiri boleh ikut tekak sendiri nak nyor banyak mana nak manis takat mana.Original kuih ni tak de warna..putih aje..ni saje buat 2 warna.Yang original dengan yang 100% air pandan.Peminat kuih ni mesti ramai kan.

*ni resepi untuk sukatan yang saya buat hari ni.Dapat banyak ni kalau guna acuan besar ni.kalau guna acuan kuih cara tu dapat la lebih lagi.So sahabat-sahabat yang ada acuan ni dekat rumah nak buat banyak, gandakan la bahan-bahan tu ye.

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut (sengaja lebihkan)
Gula (yang ni memang kena rasa ikut tekak sendiri)
1 biji telur
Secubit garam
Air (jangan banyak jangan sikit, biar adunan nampak kelapa parut)
Air pandan (kalau nak buat warna hijau)

Cara Membuat:

1.Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula & garam gaul sebati.
2.Pecahkan telur dalam bekas lain baru masukkan dalam adunan kelapa dan gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, adunan tak terlalu pekat atau terlalu cair. Biar kelihatan parutan kelapa bila diadun.Masa ni boleh la rasa tahap kemanisan yang kita nak.

4.Panaskan acuan, sapu minyak atau majerin.Saya guna majerin, dah panas boleh masukkan adunan.
5.Perhatikan jugak takut hangit bahagian bawah.

Info Ekstra!

*Kalau nak buat yang pandan, pandai-pandailah bahagi adunan ye *telur pecahkan baru bahagi
*Jangan terlebih tepungnya nanti dah sejuk keras
*Kelapa dapat yang muda lagi sedap!

Selamat Mencuba

Sumber:Aizaakma Jaafar

Published by
Suhaidah Abd Wahab