Mudah rupanya nak buat Kuih Bakar Pandan ni, hanya perlu ‘blend’ semua bahan-bahan dan bakar dalam oven selama 40 minit sehingga keperangan. Sesuai sangat mak-mak buat untuk hidangan minum petang untuk keluarga. Senang nak buat, sedap dan boleh makan panas-panas. Semerbak bau aroma daun pandan dan rasa lemak manis dan lembut kuihnya.

Ikut resipi Dee Ismail ini memang menjadi.

“Sesuai untuk minum petang bersama famili tersayang. Cubalah.”

Bahan-Bahan:

8 helai daun pandan +
1 cawan air diblend & tapis
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 sudu besar majerin
3/4 cawan gula
sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau ( optional )
bijan secukupnya

Cara Membuat:

1.Panaskan oven pada suhu 170 C.
2.Tapis air daun pandan.
3.Blend bersama bahan lain kecuali bijan.
4.Tapis adunan, tuang ke dalam acuan yang bersapu majerin.
5.Tabur bijan.
6.Bakar selama 40 minit or sehingga permukaan garing dan perang.

KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan  Bakar Sehingga Permukaan Garing!7.Saya guna api atas bawah.
8.Bila hampir masak tukar api atas sahaja.

IKLAN

KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan  Bakar Sehingga Permukaan Garing!

KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan  Bakar Sehingga Permukaan Garing!

KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan  Bakar Sehingga Permukaan Garing!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Kuih Kalakatar SEDAP, Ikut Cara Tradisional Bakar Guna Sabut Nyok!

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

IKLAN

Selamat Mencuba!

MW: Cukup mudah rupanya nak buat kuih bakar pandan ni.Hanya perlu ‘blend’ semua bahan-bahan dan bakar dalam oven. Siap. Boleh hidangkan untuk minum petang dan makan panas-panas.

Sumber: Dee Ismail

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI