Kucing Hitam Direbus Jadikan Pes, Kononnya ‘Penawar’ Sembuhkan COVID-19!

Share

Ketika ini pasukan perubatan seluruh dunia berusaha menghasilkan vaksin bagi COVID-19, namun masih belum berjaya. Kebimbangan terhadap virus ini, membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa sahaja yang dianggap sebagai ‘penawar’ bagi merawatnya. Walaupun dianggap tidak logik dek akal fikiran.

Kucing Hitam Dijadikan ‘Penawar’

Gara-gara penularan berita palsu, kucing-kucing hitam di Vietnam telah dibunuh dan direbus untuk dijadikan penawar kepada wabak COVID-19.

Kredit Foto: SWNS:South West News Service

Perkongsian yang tular di Vietnam ketika ini adalah berikutan terdapat laporan kononnya kucing hitam mampu menyembuhkan wabak COVID-19 dan dijadikan penawar. Ramai yang mula percaya perkhabaran itu sehinggakan seorang bayi turut menikmati minuman penawar tersebut.

Kredit Foto: SWNS:South West News Service

Direbus Dalam Air Mendidih

Dalam perkongsian oleh media tempatan Vietnam, kucing-kucing hitam diletakkan dalam satu periuk besar sebelum air panas mendidih dituang ke dalamnya. Gambar dan video yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis koronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.

Kredit Foto: SWNS:South West News Service
Pes yang dihasilkan daripada daging kucing hitam kisar yang telah dimasak.

Kepercayaan Baik Untuk Kesihatan

Malah, seorang penjual di Kemboja mengatakan mereka yang berada dalam komunitinya percaya, daging anjing adalah baik untuk kesihatan dan berupaya mencegah penyakit selesema atau virus seperti COVID-19. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian saintifik yang menyokong kepercayaan tersebut.

Pes daging kucing hitam yang dibungkus untuk dijual secara online atau dijual di pasar.

Sikap tidak berperikemanusiaan ini telah membuatkan ramai bimbang akan nasib haiwan perliharaan masing-masing.

“Tidak ada bukti apa pun bahawa makan kucing menyembuhkan coronavirus dan walaupun ada, rawatan tidak berperikemanusiaan ini adalah tahap kekejaman yang tidak dapat diterima bahkan bagi mereka yang memakan daging”,

kata pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet.

Baca Lagi Di Sini:

Bekas Pesakit Covid-19 Ini, Penderma Plasma Darah Pertama Ujikaji Serum Rawat Pesakit Lain

MW: Macam-macam hal. Kucing hitam pula yang menjadi mangsa, kononnya mampu jadi penawar sembuhkan covid-19. Jangan mudah percaya, sehingga hari ini tiada vaksin lagi yang dapat dihasilkan dan mampu menyembuhkan virus berbahaya ini.

Sumber: The Sun, ERA

Published by
Suhaidah Abd Wahab