Kubur Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas Paling Cantik, Sejuk Seolah Lantai Mar-mar

Share

Sebaknya catatan Ustaz MK Azman untuk bidadarinya, Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas sebaik selesai urusan pengebumian jenazah isterinya petang semalam di Tanah Perkuburan Puncak Alam.

Beliau bersyukur kerana kubur arwah isteri kelihatan indah dan liang lahadnya cantik. Hal yang sama diakui oleh penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah yang memaklumkan itulah kubur paling cantik yang pernah mereka lihat di tanah perkuburan itu. Rupa-rupanya, pemiliknya adalah Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas.

Perjalanan Terakhir Seorang Bidadari

Kongsi Ustaz MK Azman, “Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah

.

Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.”

Sayang.. Abang imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum,

tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.”

Allah Hadiahkan Kubur Indah, Liang Lahad Yang Cantik

“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, “cantik sungguh liang lahad ini.”

Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah

.”

Sayang.. damailah engkau di sana, abang redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat.

InsyaAllah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.”

Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.”

Jom kita sama-sama baca doa ini : 
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Arwah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan dimaklumkan suaminya kerana sesak nafas. Jenazah ditahan di hospital untuk ujian Covid-19 dan Ustaz MK Azman memaklumkan selepas dilakukan dua kali ujian, keputusan mengesahkan arwah isterinya negatif Covid-19.

MW : Al Fatihah.. salam takziah buat Ustaz MK Azman dan keluarga. Semoga roh Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas ditempatkan di taman-taman syurga dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber/Foto : MK Azman

Baca sini :

Published by
Netty Ah Hiyer