Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad, antara ‘living legend’ dalam dunia politik yang pastinya dikenang jasanya sampai bila-bila oleh rakyat Malaysia. Dua kali menjadi Perdana Menteri, dan memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri interim.
Keperibadian beliau sendiri menjadi sanjungan rakyat. Bagaimana bijaknya Tun Mahathir mentadbir Malaysia, Tun juga seorang suami suami yang begitu ‘loving’ dengan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Sepuluh point perkongsian Khairul Hakimin Muhammad ini perlu mak ayah ambil ikhtibar dan pelajari. Jika anda boleh serap dalam kehidupan seharian, itu juga bonus untuk diri sendiri.
Beliau ajar saya tentang:
1. Apa yang orang cakap, tulis. Apa yang kita sendiri cakap, pun tulis. Ia akan menajamkan ingatan dan senang untuk rujuk sama ada orang itu menipu atau bercakap jujur. Kita juga sentiasa kena jujur.
2. Membaca buku setiap hari. Ia untuk kecerdasan otak.
3. Banyak bermain dengan matematik. Supaya kita rajin mengira dan mendarab. Dua benda ini akan kayakan negara jika kita mahir.
4. Mesti belajar bahasa lain selain dari bahasa melayu. Ia akan memudahkan proses pembelajaran dan dakwah makin hebat tersebar.
5. Sayangi isteri. Kuatkan dia supaya kita juga kuat. Isteri yang hebat adalah untuk suami yang hebat.
6. Sayangi badan sendiri. Perhati apa yang masuk melalui mulut supaya kita sedar bahan api apa yang kita guna untuk kekalkan enjin (tubuh) kita menjadi antik berguna atau besi buruk.
7. Politik itu kotor, bersihkan dengan berlaku jujur, tegap pendirian dan sentiasa ada pasukan yang kuat.
8. Sentiasa belajar setiap kali menang. Bukannya kalah baru nak masuk kelas semula. Menang juga ujian.
9. Pasukan yang hebat ialah mereka yang tahu kerja sendiri. Tahu apa yang nak dibuat bukan sibuk buat kerja orang, banyak cakap dan banyak pidato.
10. Semua orang boleh jadi bangsa yang hebat. Namun tak semua orang yang boleh dicubit, yang boleh masuk arena sepak terajang kemudian melawan dengan kehebatan ilmu serta kemahiran. Siapa yang boleh, maka dia akan bangunkan negara. Kalau tidak, dia akan jadi orang lembik yang mengikut telunjuk orang sampai bila-bila.
Begitulah.
Terima kasih Tun kerana kembali menjadi Perdana Menteri selama 1 tahun 8 bulan ini.
Juga selamat menjadi Perdana Menteri Interim yang selepas ini nyatanya bukan lagi Tun kekal sebagai PM. Segala jasa dan kebaikan Tun akan dikenang hingga bila-bila.
Terima kasih dari rakyat yang berusaha bekerja untuk sama-sama membangunkan negara.
Terima kasih Tun.
MW : Jasa yang Tun Mahathir curahkan tersangatlah besar. Semoga insan kesayangan rakyat Malaysia ini sentiasa berada di bawah rahmat dan lindunganNya.
Sumber/Foto : Khairul Hakimin Muhammad,
Lamanya tak menangis kerana pemimpin.