senaman kemut

Mungkin ramai wanita yang pandang remeh soal senaman kemut (kegel) tapi sebenarnya senaman ini cukup bagus kalau diamalkan dari peringkat anak dara.

Jarang dilakukan secara sengaja dan jika buat pun biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing. Senaman ini juga telah lama dipraktikkan oleh orang Melayu tapi tak semua orang amal sebab senaman ini melibatkan alat sulit. Tapi kesannya bagus!

Jika anda mempunyai simptom lemah otot pelvis seperti terkencing ketika bersin atau batuk, kami sarankan sebaiknya lakukan senaman kegel secepat mungkin. Ini mungkin akan menjadi lebih buruk sehingga memaksa anda untuk memakai panty liner dan jika tidak ditangani segera pasti akan merimaskan kehidupan seharian. Ada yang salah anggap bahawa senaman ini untuk tujuan merapatkan alat sulit bagi tujuan seks sahaja.

Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan.

IKLAN

Macam mana nak buat?

1. Kenalpasti otot pelvis tersebut.

2. Kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Sebab menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.

IKLAN

NOTA:

1. Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring.

2. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan.

IKLAN

3. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali.

4. Seeloknya lakukan secara berkala sebanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.

Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Cukup begitu mudah, bukan? Tiada alasan untuk tidak melakukannya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI