Setiap orang ada cara untuk buat kuah rojak. Kuah rojak yang sedap adalah kuah yang pekat dan cukup rasanya. Kalau nak pedas boleh tambah cili ikut citarasa masing-masing.
Hendak buat kuah rojak ini tidaklah sesusah mana. Asalkan ikut resipi yang betul, rasa kuah rojak itu tak akan lari seperti rasa kuah rojak jenama popular yang kita beli di kedai.
Kepada Pembaca Yang Rajin Buat Kuah Rojak Sendiri, Apa Kata Boleh Cuba Buat Resipi Kuah Rojak Perkongsian Mim Yusof Ini.
Resipi Kuah Rojak
“Sahabat dapo kak mim dah tido ke? Kak mim baru abis masak kuah rojak ni haa. Mesti ramai yang dah pandai buat kan!
“Tak pe kak mim nak share kuah rojak versi kak mim ni. Tengok kat gambar ye.”
Bahan-bahan
1 keping gula gerek (menisan)
2 cawan gula putih
1/2 cawan kicap
2 sudu tepung ubi (bancuh ngn air)
Sedikit belacan
Sedikit garam
10 tangkai cili kering (dalam gambar tu kak mim dah rebus dan blend/kisar)
Sedikit cili sos
2 sudu besar bijan
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend/ kisar kasar)
1 gelas air
Artikel Berkaitan:
Buat Sendiri Kuah ROJAK BUAH. Rasa Sekali Mesti Nak Makan Berkali-Kali
Resipi Serbuk Colek Kering Hanya Guna 4 Bahan Pedasnya Boleh Tahan
Buat Sendiri Kuah Rojak Buah Sedap, Tak Letak Petis Udang
Cara Buat
1-Mula mula cairkan gula gerek dengan segelas air tadi. Bila dah cair, masukkan kicap, cili kering yang di blend / kisar tadi, cili sos, belacan, garam dan gula.
2-Masak sampai mendidih. Dah masak betul, masukkan tepung ubi yang dah dibancuh tadi.
3-Kacau sampai dia pekat lagu ni, jangan tinggal ye, sentiasa kacau. Dah pekat masukkan bijan dan kacang tanah tadi.
4-Masak sekejap, tutup api. Sejukkan dalam bekas.
5-Boleh laa dicicah dengan mangga muda atau apa pun buah yang anda suka. Nahhh! Malam malam kak mim menyicah. Segar biji mata.
MW: Buat sendiri lagi bersih dan lagi menjimatkan. Boleh buat banyak mana yang kita suka.
Sumber / Foto : Mim Yusof
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI