Kuah kari tidaklah kiralah kari ayam, daging, ikan, sotong dan sebagainya memang sedap dinikmati bila kuanhnya likat, pekat dan merah warnanya. Selain dimakan bersama nasi, kari juga enak dinikmati bersama pulut kuning dan roti jala.
Kuah Kari Sedap, Likat, Pekat & Merah
Hendak masak kari memang mudah. Sesiapa pun boleh menyediakannya. Bagaimanapun untuk mendapatkan kuah kari yang sedap, likat, pekat dan merah ada caranya. Kuah kari yang cantik tentulah yang warnanya merah.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat kari yang sedap dan dalam masa yang sama ‘cantik’ warnanya.
1.Pilih rempah
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & makanan laut. Pemilihan rempah kari juga sangat penting, pastikan yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.
Ads
2.Tumis hingga garing
Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.
3.Santan
Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang, ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikkan ia lebih sedap.
Kredit foto: Freepik
3.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia
Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.
4.Asam jawa
Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.
Ads
5.Kentang
Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.
6.Hilangkan bau
Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan untuk ‘memotong’ bau hanyir ikan tersebut.
7.Tambahkan rempah
Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Ads
8.Garam
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.
9.Tomato
Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.
10.Daun kari
Tumis daun kari bersama tangkainya sekali dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RESIPI Sos Spaghetti Homemade Perisa Garlic Mushrooms Paling Sedap, Boleh Simpan 2 Tahun! Memang jimat dan berbaloi bila dapat buat sendiri di rumah Sos Spaghetti di rumah. Bukan itu sahaja, sos ini juga boleh dijadikan sos lasagna dan pizza.Menariknya ia boleh tahan lama tak mudah rosak, boleh simpan sehingga 2 tahun jika tahu cara masaknya yang betul.
Ikut resipi yang dikongsiakan Oleh Puan Erni Abu Samah ini sebagai panduan.
2 minggu lepas tomato sekilo rm10. Hari di Econsave terkejut tengok harga sekilo RM 1.59. Apa lagi boronglah 10kg buat stock frozen spaghetti sos. Harini buat perasa garlic mushroom.
Asalnya resepi ni saya ambik dari resipi omputeh mana tah dah lupa. Lepas tu saya adjust ikut tekak orang Malaysia. Pada yang takut ada bahan pengawet beli ready made tu, saya rasa kebanyakan dah takde bahan pengawet sebab dia guna mesin retort untuk bunuh bekteria.
Kalau 7 kilo tu bolehlah makan dalam 5 hari. Boleh olah perasa apa yang disukai. Lepas trial and error 10 tahun, garlic mushrooms paling sedap di tekak saya.
Bahan-Bahan:
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
Origano, parsley, basil yang serbuk kering – 2 sudu besar each
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar Garam
2 sudu besar Gula
Cara Membuat:
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih jangan garing, cukup layu je
3. Masukkan tomato yang diblender halus.
4. Masukan tomato puri, garam dan gula
5. Masukkan pula lada hitam, Oregano, parsley dan basil.
6. Masak atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
Simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
Notes
Bila nak makan hanye perlu tumis daging cincang, tambah sos diatas, adjust garam atau tambah beefball.
Boleh jadi sos lasagna atau pizza
Tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat sebab ada serat kulit tomato.
Nak buang kulit kelar ‘X’ dekat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang Jangan lama nanti lembik.
Mingguan Wanita: Ada beli banyak buah tomato boleh buat sendiri Sos Spaghetti Homemade Perisa Garlic Mushrooms ini. Memang jimat dan sangat sedap malah tahan lama tak rosak sehingga 2 tahun.
Biskut brownies, memang kalau menghadap biskut ini tak sedar boleh habis satu balang. Nak membuat rasa macam tak berbaloi, tambah-tambah tak tahu pula macam mana nak buat. Silap cara buat, tak sedap dan lebih terut mengerutu, hilang selera nak makan.
Bila lihat resipinya, bahan yang digunakan tidaklah susah sangat dan senang nak buat. Tapi kena tahulah caranya. Mungkin lebih kurang sama untuk membuat kek brownies, Cuma ia di oleh menjadi biskut brownies yang lebih ranggup.
Azlina Ina Fans berkongsi cara membuat biskut brownies yang menjadi kesukaan kita, bahkan anak-anak. Bolehlah cuba di rumah nanti.
“Ada yang tanya, kalau nak buat biskut yang tahan lama dan modal sikit tapi banyak, biskut apa ye?
“Biskut brownies adalah yang sesuai. Resipi ini, boleh ikut kreativiti kita, yang pasti ikutlah resipi yang betul.
Bahan-bahan: 375 gram dark beryls coin pun boleh 150 gram pure butter (bagi rasa biskut tu lemak-lemak – Cairkan dalam oven atau pengukus) 3 biji telur gred B 210 gram -215 gram gula perang 1 sudu kecil esen vanila atau emolco coklat – Kacau rata 110 gram tepung self rising
Caranya:
1. Masukkan bahan yang dicairkan tadi masuk bahan yang dicairkan tadi panas-panas.
2. Kemudian, masukkan tepung self rising.
3. Kacau rata dan hentak-hentak sedikit adunan tadi.
4. Masukkan ke dalam piping beg.
5. Pipekan di atas bekas macaroon matt.
6. Tip: Jangan tunggu lama untuk masuk oven, sebaliknya satu per satu. Nak bakar baru pipekan supaya tidak gerutu.
7. Panaskan oven dahulu dalam masa 5 minit dalam suhu 150 darjah selsius.
8. Boleh letak hiasan seperti badan atau kuaci. Setkan masa selama 20 minit bergantung kepada jenis kepanasan oven.
Kalau dijual dalam harga RM20-R25 untuk 40-45 keping.
MW: Sebenarnya senang saja nak buat, rajin atau tidak kan. Kalau buat, dapat banyak, puas hati makan nant.
Percayalah, pes tom yam boleh jadi punca utama rasa kuah tom yam anda masak sedap atau tidak dan sebab itulah anda patut godek resepi yang Puan Fatiha Hanani Ismail kongsikan. Lagi teruja, pes tom yam dia buat sendiri, jom cuba buat sebotol untuk mudahkan masak setiap hari…
Bahan-bahan:
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.
Untuk masak tom yam…
1. Ambil dalam 2 senduk pes tom yam, tumis kejap… tuang air dalam 2 cawan.
2. Letak akar ketumbar dah mendidih masukkan ayam dalam 4-5 ketul potong kecil-kecil sampai ayam masak.
3. Masukkan serai, daun limau, limau,sayur-sayur, garam, serbuk perasa dan sedikit susu pekat.. Rasa ikut tekak masing-masing ya.
4. Selamat memasak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!