Trio legenda muzik tanah air, KRU, bakal mencipta sejarah baharu dengan penganjuran Konsert GENKRU yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Setelah lebih enam tahun tidak membuat persembahan berskala besar bersama, Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim kini kembali untuk meraikan perjalanan mereka dalam industri muzik tempatan yang telah berlangsung selama lebih tiga dekad.
Konsert ini dijangka menjadi salah satu acara epik tahun 2025. Menurut pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, idea untuk membawa KRU kembali ke pentas besar telah dirancang sejak 2022, dan persetujuan akhir hanya dicapai pada September 2024.
“KRU bukan sekadar sebuah kumpulan muzik biasa, tetapi ikon yang telah mencipta gelombang revolusi muzik di Malaysia. Konsert GENKRU ini adalah penghormatan kepada sejarah dan legasi yang telah mereka bina,” ujar Iman.
Ads
Menurut KRU, Konsert GENKRU bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah penghargaan terhadap muzik tempatan yang setaraf dengan karya Nusantara dan antarabangsa. Walaupun butiran mengenai konsep persembahan masih dirahsiakan, trio ini berjanji untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan tidak akan dilupakan oleh peminat.
Ads
Kali terakhir KRU tampil dalam konsert besar ialah melalui Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya pada Mei 2018. Dengan kemunculan semula ini, mereka menjanjikan sesuatu yang lebih besar dan lebih bermakna, sesuai dengan legasi mereka sebagai pelopor muzik pop dan hip hop Malaysia sejak 1992.
Ads
Tiket hari kedua habis dijual dalam masa 45 minit
Sambutan luar biasa terhadap Konsert GENKRU sekali lagi membuktikan kehebatan dan keistimewaan KRU dalam hati peminat mereka. Tiket untuk hari kedua konsert yang dijadualkan pada 4 Mei 2025 habis dijual dalam tempoh hanya 45 minit selepas jualan dibuka pada jam 3 petang.
Menurut Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, meluahkan rasa terharunya terhadap sokongan luar biasa ini.
“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’,” kata Iman Tang.
Pelakon Amira Othman berkongsi cerita perjalanan haji bersama penyanyi santun, Wany Hasrita di Tanah Suci Makkah. Panggilan haji yang diterima pada saat akhir itu tetap dilunaskan dengan segera persiapannya oleh kedua pasangan selebriti ini.
“Alhamdulillah, selesai perjalanan haji saya. Di luar fikiran saya dapat menunaikan haji di usia 26 tahun ini. Tapi semua Allah atur. Banyak saya belajar sepanjang perjalanan haji ini.
Akhirnya yang kita bawa hanyalah amalan, sedekah juga doa anak-anak yang soleh. Di dunia pangkat harta atau nama semuanya pinjaman dan akhirnya semuanya adalah sama di sisi Allah.
Doakan saya memperolehi haji mabrur!
Moga Allah angkat semua doa saya juga doa anda semua.
Thank you @wanyhasrita terus call kita tak fikir nama orang lain terus fikir nama kita.
Memang ajaib tapi Allah dah tulis semua ini. Moga ada rezeki ke sini lagi.. Tempat paling tenang yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”
Sebak Baca Doa Orang Lain Ketika Wukuf
Dalam hantarannya sebelum ini, Amira juga berasa sebak ketika memasuki waktu wukuf di padang Arafah. Katanya, dia menerima banyak sangat DM yang meminta untuk didoakan.
“Ada yang saya sebak baca. MasyaAllah lain orang lain lah dugaannya. InsyaAllah akan saya sampaikan satu persatu. Moga Allah kabulkan doa semua yang tidak henti-henti berdoa.” Maklumnya ketika itu.
Wany Hasrita dan Amira Othman menunaikan haji tahun ini atas undangan kerajaan Arab Saudi.
MW : Mendoakan agar Amira Othman dan Wany Hasrita mendapat haji yang mabrur. Amin
Bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat pelakon Rita Rudaini. Menerusi perkongsiannya di akaun Instagramnya baru-baru ini, Rita reda dan bersyukur walaupun bergelar ibu tunggal kerana ianya merupakan anugerah dari Yang Maha Esa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun begitu, Rita Rudaini dilihat begitu tabah dan kuat untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai ibu tunggal dengan sebaik mungkin.
Ibu kepada dua cahaya mata yang comel, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna juga mengajak ibu tunggal di luar sana menikamti nikmat yang Allah berikan.
Rita Rudaini “Dipilih Menjadi Ibu Tunggal Allah Tahu Kita Kuat”
Menurut Rita lagi, Allah tidak akan menguji umatnya jika di luar kemampuan seseorang.
“Kenapa ALLAH pilih kita jadi singlemom? Sebab ALLAH tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. ALLAH tahu kita kuat. ALLAH tak akan uji di luar kemampuan kita.
“Kenapa ALLAH tarik suami dari dalam hidup kita? Sebab ALLAH sayang kita dan tak nak kita bersedih.
“Percaya dengan apa yang Allah beri”
“Setiap apa yg DIA bagi,semua ada sebab percaya dengan apa yang DIA beri pada kita. Reda dan bersyukur kerana itu lah hadiah dari DIA. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah ALLAH.
“Dan kenapa sistur masih sendiri hingga sekarang? Kerana sistur tengah menikmati hadiah dari DIA.
“Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang ALLAH beri pada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa.
Hadiah Yang Tak Ternilai
“So untuk singlemom yang ada DM sistur mintak kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah satu hadiah yang tak ternilai yang korang memang tak nampak apa yang ada di depan tapi DIA lebih tau apa yang dia beri pada kita. Percaya pada perancangan ALLAH.
“Tapi siapa yang ada laki tak payahlah nak jadi ibu tunggal pula. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi kena ingat, suami dan anak-anak tu hanya pinjaman saja. Tak payah sombong sangat “aku berlaki, kau ada?” “Laki aku sayang aku”, nanti mati pun hang dalam kubur sorang-sorang juga bukan duk berketul dengan laki hang,” luah Rita.
Pelawak Shuib Sepahtu memohon pada orang ramai yang berkongsi voice note berkenaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin agar padamkan voice note viral berkenaan dari media sosial.
Ini kerana, voice note yang dikongsikan itu bukanlah makluman terkini berkenaan keadaan isterinya. Sehingga ke hari ini, Siti Sarah masih lagi ditidurkan.
Ramai sebenarnya yang mendoakan isteri Siti Sarah Raisuddin agar kembali sedar. Sebagaimana, ahli keluarga Siti Sarah ramai juga yang mahu tahu perkembangan terkini ibu yang baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya.
Namun, berhati-hatilah ketika berkongsi informasi. Agar dapat memberi sedikit ketenangan kepada Shuib, anak-anak dan keluarga mereka.
Penjelasan Shuib, Mohon Padamkan Voice Note Di Media Sosial
Assalammualaikum semua,
Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon tolong hentikan share atau delete posting tersebut di mana mana platform media sosial.
Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.
Saya juga mendoakan pada semua dilindungi dan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sejak dimasukkan ke ICU dan ditidurkan Siti Sarah masih belum sedar lebih dari 42 jam. Malah, semalam doktor memaklumkan Sarah ditiarapkan bagi membolehkan paru-paru dan oksigen bekerjasama.
Ibu anak empat ini juga baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pramatangnya dalam keadaan ditidurkan. Anak bongsunya itu, Ayash Affan dimaklumkan Shuib berada dalam keadaan stabil.
Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan.
Mingguan Wanita : Sentiasa mendoakan agar Siti Sarah Raisuddin kembali sedar dan dapat mendakap bayi lelaki pramatangnya yang tentunya rindukan belai kasih ibu.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...