Hiburan

Kronologi Kehilangan Nidza Afham, Polis tunggu hasil bedah siasat

Share
Kehilangan Nidza Afham Mokhtar, abang kepada penyanyi Aufahanie, telah mencetuskan satu misteri yang mendalam dan menjadi perhatian ramai. Nidza Afham, seorang pemuda yang disayangi oleh keluarganya, dilaporkan hilang tanpa sebarang petunjuk jelas, meninggalkan keluarganya dalam keadaan buntu dan penuh kebimbangan.

Nidza Afham yang juga seorang penyanyi keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang sekitar jam 7.54 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjogging.Bagaimanapun,  dia gagal dihubungi selepas jam 9.13 malam.

Penemuan Mayat Lelaki Dewasa

Namun begitu, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang semalam adalah Nidza Afham Mokhtar. Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

“Ya. Dipercayai adalah abang penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi media.

Sebelum ini, dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik.

Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang petang semalam telah  dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ia selepas proses pengecaman mayat selesai dilakukan oleh ahli keluarga mangsa di lokasi kejadian malam tadi.

Terdahulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa berhampiran jambatan Sungai Klang semalam. Mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

Kehilangan Nidza Afham Mokhtar didakwa berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai. Manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

“Siasatan lanjut dari segi klasifikasi kes akan dibuat selepas mendapat hasil bedah siasat,” katanya ketika dihubungi media.
Media melaporkan ahli keluarga penyanyi berusia 23 tahun itu telah berkumpul di HSA sebelum kenderaan yang membawa jenazah beliau tiba pada kira-kira 10.30 malam.

 

 

IKLAN