‘Krisis Makanan Bukan Main-Main.’ Kemerosotan Gandum Seluruh Dunia, Rakyat Malaysia Perlu Bersedia

Share

‘Krisis makanan bukan main-main.’ Kemerosotan gandum seluruh dunia, rakyat malaysia perlu bersedia. Perkara ini jangan dibuat main, kerana bukan seorang dua yang terjejas, masalah satu dunia.

Mungkin setengah orang beranggapan tak makan gandum bukan boleh mati pun tetapi jika difikir kesan jangka panjang, banyak yang akan menerima impaknya.

Mereka yang terlibat dalam industri makanan antara mereka yang terjejas dahulu bila kilang tutup dan tiada sumber pendapatan.

Artikel Berkaitan: “Kami Sanggup Jual Buah Pinggang.” Supaya Dapat Membeli Makanan Untuk Anak-Anak

Krisis Makanan

Kongsi Khairul Hakimin Muhammad, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia gais…

Selepas Rusia dan Ukrain berperang dan masih belum berhenti sehingga hari ini, kemerosotan gandum berlaku di seluruh dunia.

Terbaru, India pula tarik brek dan hentikan eksport gandum ke luar negaranya. Siap sedia krisis gandum besar-besaran kali ini. Gandum tiada, tepung tiada. Produk berasaskan gandum (tepung) semua akan tiada stok.

Roti, biskut, pasta, mi, serta apa sahaja yang menggunakan tepung, akan berlaku tiada stok. Langsung tiada gais.

Bukan Main-Main

Krisis makanan gais. Tak main-main punya.

Apabila ada stok, stok yang ada akan sedikit. Apabila sedikit, harganya akan tinggi. Standby belaka kenaikan harga tepung dan yang seangkatan dengannya gais.

2-3 bulan lepas seguni boleh dapat RM69. Kini seguni dalam RM90. Lepas ini tak tahulah berapa.

Selepas tepung, minyak masak, minyak sayuran, minyak bunga matahari, butter, margerin, susu pekat manis semua akan kekurangan stok.

Siap sedia semua.

Baca Di Sini : Tiada Duit Beli Makanan, Anak Setahun Bersusukan Milo Campur Gula, Polis Simpati Terus Bantu

Kemerosotan Gandum Seluruh Dunia

India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Bagaimanapun, Kerajaan India menjelaskan, pihaknya masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit sudah dikeluarkan serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.

Pembeli global mengharapkan negara pengeluar gandum kedua besar di dunia ini untuk bekalan gandum, selepas eksport dari wilayah Laut Hitam merudum susulan krisis pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

Rakyat Malaysia Perlu Bersedia

Sebelum penguatkuasaan larangan itu, India menyasarkan untuk mencatat rekod eksport 10 juta tan gandum, tahun ini.

Larangan eksport oleh India itu boleh mengakibatkan harga global melonjak ke paras baharu, sekali gus menjejaskan pengguna miskin di Asia dan Afrika.

Peningkatan harga makanan dan tenaga mendorong inflasi runcit tahunan India melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun, April lalu, serta mengukuhkan pandangan ahli ekonomi bahawa Bank Pusat perlu menaikkan kadar faedah secara lebih agresif untuk mengekang harga.

Harga gandum di India meningkat kepada rekod tertinggi, dengan beberapa pasaran mencecah 25,000 rupee (RM1,418) per tan, berbanding harga sokongan minimum ditetapkan kerajaan sebanyak 20,150 rupee (RM1,143).

Mingguan Wanita : Sebagai isteri dan ibu, kawallah perbelanjaan isi rumah dan berbelanja mengikut keperluan tanpa perlu membazir.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad, Berita Harian

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Published by
Nur Syazwani Mehat