Berita penting buat bakal-bakal jemaah haji dan ahli keluarga yang akan menghantar para jemaah ke tanah suci, penerbangan pertama jemaah haji 1439H/2018 dijadual berlepas dari tanah air ke tanah suci pada 14 Julai ini, manakala penerbangan terakhir pada 14 Ogos.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata ia membabitkan lapan lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Katanya, kuota haji bagi tahun ini masih kekal seperti tahun lalu iaitu 30,200 jemaah.
Ads
Beliau menjelaskan bagi operasi haji tahun ini sebanyak 81 penerbangan sewa khas digunakan membabitkan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad dan 41 pesawat Flynas.
“Penerbangan balik bermula 29 Ogos sehingga 25 September ini,” katanya pada Sesi Taklimat Operasi Haji 1439H/2018 di Movenpick Hotel and Convention Center, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH merangkap Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Ads
Selain itu, katanya buat pertama kalinya bagi tahun ini, jemaah haji dari Lembah Klang dan kawasan sekitarnya akan berlepas dari Kompleks TH Sepang yang sebelum ini dilakukan dari Kompleks TH Kelana Jaya.
Ads
Semoga para bakal jemaah haji, mengambil tahu setiap perkembangan yang dilaporkan, bagi memudahkan segala urusan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Berbaloi La Mak Hang Berkepak Caqi Duit..” Che Ta Syukur Anak Raih ‘Double Degree’. Tiada yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, 51 meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya Aniq Ezra Azuar Effendy, 24 berjaya menamatkan pengajian di salah sebuah kolej swasta baru-baru ini.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pelakon yang cukup dikenali dalam siri komedi Kiah Pekasam ini di dalam instagramnya.
Rai Kejayaan Anak
Malah lebih manis, segala pengorbanan dan usaha membayar yuran anak berbaloi apabila, anak bujangnya ini berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda berganda (Double degree).
“Berbaloi la mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University..bukan sikit-sikit duit chek oiiii.Tapi syukur Alhamduliilah dengan izin Allah swt double degree dalam tangan,” ujarnya.
Che Ta turut berkongsi beberapa keping gambar dalam meraikan kejayaan anaknya. Menurut Che Ta ia adalah hasil keikhlasan, kerja keras dan kesabaran yang membuahkan hasil kejayaan.
Ibu kepada 3 orang anak ini juga berharap semoga Aniq akan terus berusaha lebih rajin untuk menjadi insan yang berjaya kelak.
“I hope you will continue working hard to make yourself a completely successful man.”
“We are thankful to God for your successful graduation. It’s the result of your sincerity, hard work, and patience. You have found the result of your hard work. Congrats!”
Che Ta juga mempunyai dua anak yang lain iaitu Ammar Effendy,26 dan Aaisyah Dhia Rania,8.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Pencarian ibu keluar mencari anak bertukar duka, mayat hafiz Al-Quran ditemui dalam parit. Pencarian seorang ibu berakhir dengan berita duka apabila mendapati anaknya sudah meninggal dunia. Lebih menyedihkan mayatnya anaknya ditemui dalam parit, berseluar pendek dan ada kesan luka di tangan.
Sedangkan anaknya tidak pernah memakai seluar pendek sementelah diri arwah merupakan hafiz Al-Quran.
Pencarian Ibu Keluar Mencari Anak Bertukar Duka
Memetik laporan Kosmo Online, seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama beberapa jam selepas keluar dari rumahnya dijumpai mati di dalam parit di Jalan Pondok Terusan, Pasir Tumboh di sini tengah malam tadi.
Mayat Wan Harun Wan Hassan, 34, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam parit itu oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Adik mangsa, Norhapizah Rosli 27, berkata, abangnya, Wan Harun Wan Hassan, 34, tidak pulang ke rumah selepas azan magrib semalam selepas pergi beriadah di kawasan sebuah pondok pengajian di kampung ini.
Mayat Hafiz Al-Quran Ditemui Dalam Parit
Menurutnya, bimbang dengan keadaan tersebut, ibunya, Ahsan Pie Che Mohd. Hussin, 63, keluar mencari mangsa, namun pulang hampa apabila tidak dapat menjejaki abangnya itu.
“Abang saya tiada masalah kesihatan, namun hanya menghidap gastrik. Pada awal pagi tadi, saya dihubungi oleh seorang penduduk kampung yang menghantar gambar mayat abang melalui aplikasi WhatsApp.
“Kami sekeluarga terus bergegas ke kawasan parit itu. Semasa anggota bomba mengeluarkan mayat abang, saya lihat ada kesan luka pada tangannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Pondok Terusan, Limbat di sini hari ini.
Norhapizah memberitahu, bagaimanapun, dia dan keluarga tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan mayat abangnya dan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis.
Menurutnya, arwah juga merupakan seorang yang hafiz al-Quran dan tidak pernah tinggal solat.
“Ibu saya sebenarnya hairan kerana arwah tidak pernah memakai seluar pendek semasa keluar rumah sebelum pergi ke kawasan pondok. Semasa mayatnya ditemui, dia memakai seluar pendek,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Juhari Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit kira-kira pukul 2.27 pagi tadi.
Katanya, lapan anggota bomba termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mayat dari kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Influencer suami isteri ditahan SPRM, seleweng kutipan derma lebih jutaan ringgit. Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung isu menyeleweng kutipan derma dari orang ramai.
Influencer Suami Isteri Ditahan SPRM
Kedua-dua mereka tiba menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Putrajaya pada jam 9.15 pagi.
Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke aras dua dengan berpakaian warna oren dan bergari.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang dikatakan terbabit isu menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM, semalam.
Isu Seleweng Kutipan Derma Lebih Jutaan Ringgit
Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam bagi membantu siasatan, selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
Kes pasangan ini pernah mendapat liputan ramai termasuk kes rumahtangga mereka.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.