Kotak hitam pesawat hangus tragedi Elmina dihantar ke Singapura gagal ekstrak data, CVR akan dihantar ke Amerika Syarikat. Pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park Seksyen U16, di sini pada Khamis yang mengorbankan 10 nyawa tidak memiliki Perakam Data Penerbangan (Aircraft Data Recorder) sebagaimana pesawat komersial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid dalam satu siding media sebelum ini memaklumkan, pesawat terhempas ini hanya mempunyai kotak Perakam Data Kokpit (Cockpit Data Recorder) dan ia sudah ditemui di lokasi kejadian dalam keadaan hangus terbakar.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berdepan kesukaran mendapatkan data kerana ianya telah hangus. Bagaimana pun jelasnya, pihak berkuasa berhasil membuka CVR terbabit dan berjaya mengeluarkan komponen ‘memory puck’ yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat terbabit sebelum menghantarnya ke Singapura.
Memetik laporan Sinar Harian, bagaimana pun, data perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Khamis lalu gagal diekstrak pihak makmal di Singapura.
Sehubungan itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, CVR berkenaan akan dihantar ke kilang pengeluar di Florida, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat selepas mendapat maklumat daripada Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Udara (BSKU) pada Selasa.
“Pagi tadi saya mendapat laporan daripada ketua biro (BSKU), makmal di Singapura juga tak dapat keluarkan rakaman suara tersebut. Jadi ada beberapa isu teknikal, kekangan yang tidak dapat mengeluarkan rakaman tersebut.
“Ketua biro akan balik ke Kuala Lumpur petang ini (Selasa) dan memberikan penjelasan kepada saya. Tindakan susulan mungkin perlu hantar ‘memory puck’ ke AS untuk dianalisa.
“Kita akan membuat perancangan seawal mungkin untuk membenarkan pasukan BSKU pergi ke Florida untuk cuba ‘retrive’ perakam suara tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan 2023 pada Selasa.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Petanda Sebelum Ajal, Anak Kongsi Bapa Minta Simpan Gambar Biar Jadi Kenangan
Haram Sebar Video & Gambar Aib Mangsa Kemalangan, Menyakiti Hati Keluarga Waris – Mufti Wilayah
Sebelum ini media melaporkan, CVR tersebut dihantar ke Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura bagi mendapatkan rakaman 30 minit terakhir sebelum terhempas setelah BSKU menghadapi kesukaran ekoran ‘memory puck’ berada dalam keadaan tidak sempurna.
Sementara itu, mengulas mengenai kebolehan Malaysia menganalisis data berkaitan kemalangan pengangkutan udara, Anthony menjelaskan, kerajaan sedang berusaha untuk menambah baik kemudahan fasiliti termasuk menganalisis data CVR.
Beliau menegaskan, tuduhan kerajaan tidak mahu lakukan siasatan dalam negara adalah tidak benar dan tidak berasas.
“Dalam dunia penerbangan, kita kena faham bahawa tiada satu negara yang mampu lakukan segala-galanya. Sebab itu kita perlukan kerjasama serantau, antarabangsa.
“Bukan soalnya kita tak nak buat di Malaysia cuma ada kekangan dan peralatan ini memerlukan pelaburan.
“Apabila dalam keadaan kecemasan, kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak luar dan keutamaan saya adalah memberi jawapan kepada keluarga mangsa (dan) orang ramai secepat mungkin,” ujarnya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bijak-bijak anak selebriti tanahair ni. Ada yang dah bergelar doktor, sambung belajar di universiti luar negara dan tempatan serta ada yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bukan kaleng-kaleng, jadi contoh buat semua.