‘Korean Garlic Cheese Bread’ MUDAH, Guna Roti Burger Bakar Dalam Air Fryer

Share

Sedapnnya makan ‘Korean Garlic Cheese Bread’ yang tengah viral ni. Ramuan utamanya ialah bawang putih, mentega dan krim keju. Sedap tak terkata dapat makan panas-panas, kerana rotinya rangup di luar dan lembut didalam dengan keju yang mencair.

Tak perlu susah payah nak uli doh roti atau tiada oven di rumah, kerana ada cara mudah buat ‘Korean Garlic Cheese Bread’ sendiri di rumah. Boleh juga guna roti burger dan bakar sahaja dalam air fryer je. Tetap menjadi dan sedap rasanya.

Boleh cuba resipi dan cara buat ‘Korean Cream Cheese Garlic Bread’ guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Puan Mahani Hussain ini

“Korean Garlic Cheese Bread, tak perlu buang masa menguli roti. Saya guna roti burger sahaja. 160° 6 minit guna Philip Air fryer.”

Bahan-Bahan:

250gm cream cheese
2-3 sudu besar susu pekat
150 gm whipping cream/ susu cair

*Campur semua bahan dan kacau rata.
Masukkan ke dalam pipping bag.. ketepikan.
Jika tak nak muak boleh perah sedikit air limau nipis.

Bahan sapuan

150 gm mentega
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar madu / brown sugar
6 ulas bawang putih cincang halus
Parsley/ oregano

*Cairkan mentega, masukkan semua bahan dan kacau sebati.

Cara Membuat:

1.Roti dipotong 6 bahagian, jangan putus.
2.Masukkan cream cheese hingga penuh.
3.Kemudian, sudukan bahan sapuan di celah-celah potongan roti tadi. Tuang hingga diatas roti, lagi banyak lagi sedap.

4.Panaskan air fryer dalam 5 minit baru masukkan roti. Adunan ni cukup untuk 10 ketul roti burger.

Baca Lagi Di Sini:

Buat Sendiri ‘Korean Cream Cheese Garlic Bread’ SEDAP, Semerbak Bau Satu Rumah!

MW: Wah sedapnya roti ni. Terasa kelembutan roti, cheese yang cair dengan harum wangi bau bawang putih dan mentega. Mak-mak yang nak cara ringkas,ikut resipi yang dikongsikan ini. Tak perlu uli doh roti atau risau takde oven. Beli je bun nya dan bakar dalam air fryer. Siap! dan rasanya tetap sedap. Nak bawa bekal untuk anak sekolah pun sesuai sangat.

Sumber: Mahani Hussain

Published by
Suhaidah Abd Wahab