Gula Cakery merupakan sebuah kafe yang menjual pelbagai jenis kek dan pastri seterusnya mengembangkan menu mengetengahkan makanan Barat serta Asia.
Bermula sebagai sebuah impian, perniagaan yang diasaskan bersama ahli keluarga ini membuktikan kerjasama yang baik di kalangan ahli keluarga mampu merealisasikan sebuah jenama yang menjadi lambang kejayaan bersama.
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery, Arieni Ritzal, café di KLCC merupakan cawangan ke-10 dan lokasi ini dipilih bagi memenuhi selera warga kota selain usaha untuk mengembangkan lagi jenama yang dibina.
“Istimewa cawangan di KLCC ini, kami membawakan menu istimewa seperti croissant, big breakfast untuk memenuhi selera pelancong yang berkunjung Malah barisan menu kek dan pastri yang dipilih sendiri oleh saya dan chef di Gula Cakery juga mendapat sambutan yang hangat di kalangan pelanggan.
Walaupun café di sini agak comel, namun kami menawarkan lebih daripada 60 jenis kek. Leboh penting, lek kami juga mendapat pengiktirafan sijil Halal,” ujar Arieni ketika ditemui di majlis perasmian kafe tersebut baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan yang terdapat di cawanngan terbaharu itu, menurut Arieni antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan termasuklah Berry Pavlova dan Double Chocolate Hazelnut.
Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal sewaktu kecil sering membantu nenek memasak dan membakar kek di dapur. Setiap kali menjelang Aidilfitri, Ariena menjadi pembantu dan teman rapat nenek di dapur sehingga dia mahir menyediakan kek dan biskut tanpa bantuan orang lain.
Oleh kerana minat mendalami pelbagai ilmu masakan sama ada secara formal atau praktikal dengan sokongan nenek, ayah dan ibu, Arieni memberanikan diri menjual kek kegemarannya menerusi dalam talian.
Tidak mudah meniti kejayaan yang diraih, namun jelas Arieni, dia jelas dengan misi dan matlamat. Malah ulasnya, selain menu yang lazat, mutu perkhidmatan pelanggan harus dititikberatkan bagi memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan.
“Tidak dinafikan cabaran untuk terus bertahan sangat sengit, namun selama 13 tahun beroperasi, kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan. Walaupun menu yang dihidangkan sedap, namun servis dan suasana café juga memainkan peranan penting dalam menentukan naik turun bisnes. Sebab itu semua cawangan Gula Cakery dipersembahkan dalam rekabentuk dan ‘vibes’ berbeza. Dan kita mesti ikut trend semasa”,ujarnya.
Untuk kekal relevan, perlu mengetahui tren makanan terkini. Gula Cakery bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis kek, pencuci mulut, dan hidangan berkhasiat yang dimasak dengan penuh kasih sayang.
Arieni berkata penting untuk dirinya mencari keseimbangan yang tepat dalam mempertingkatkan tawaran selaras dengan tren terkini.
“Orang suka mencuba perkara baru. Kita perlu memahami pasaran sasaran kita. Terdapat kumpulan yang berbeza – sebagai contoh, keluarga mungkin tidak selalu mengikuti trend
Kini, Gula Cakery telah membuka cawangan ke-10 mereka di Suria KLCC, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan perniagaan mereka. Dengan pembukaan cawangan baru ini, mereka berharap untuk terus menyediakan hidangan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pelanggan, sambil mengekalkan keunikan dan keaslian yang telah menjadikan mereka pilihan kegemaran ramai.