Pernah tak mak ayah berjanji dengan anak macam-macam sebab nak hentikan anak menangis atau konon nak pujuk si kecil daripada buat sesuatu yang tak elok?
Haaa… faham, sebenarnya bukan niat nak main-mainkan hati anak tetapi kadang ada yang terlupa. Atau mungkin sebab tengok anak dah ok, jadi mak ayah abaikan janji yang dah buat dengan anak.
Maka untuk tahu kesan dan cara terbaik selesaikan masalah berjanji dengan anak ini, kita semak cara yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Ahmad ini…
Cara Yang Biasa Mak-mak Buat
“Adik mandi, makan, umie janji petang nanti kita pergi taman.”
Tapi bila sampai waktunya kita tidak tunaikan. Esok kita ulang skrip yang sama. Kita anggap anak-anak lupa sedangkan otak mereka telah program apa yang kita janjikan.
Ads
Akhirnya anak-anak akan kecewa. Mula tidak peka dengan arahan. Mereka mula anggap kita tidak jujur dan berbohong.
Sebab itulah saya pesan kepada isteri:
1. Jangan sesekali berjanji dengan anak, jika berjanji ‘wajib’ tunaikan. Jika tidak mampu pergi kepada anak ‘wajib’ minta maaf dan terangkan kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
Ads
2. Didik anak buat sesuatu untuk الله sayang.
“Muhammad mandi,makan,solat,kemas tempat tidur pasti الله sayang,pasti الله bagi ganjaran. Apabila الله sayang Muhammad umie pun sayang,abi pun sayang,semua orang sayang”
3. Banyakkan memberi dari berjanji.
“Oleh kerana adik rajin,soleh. Umi dan abi hadiahkan adik sebuah basikal..?♂️”
Ads
4. Setiap percakapan sertakan perkataan INSYAALLAH (dengan hati yang ikhlas)
“Muhammad RAJIN mandi,makan,solat,bantu umi kemas rumah INSYAALLAH umi dan abi bawa pergi jalan-jalan di pantai ya”
Nampak tak setiap perlakuan, percakapan kita memberi impak terhadap emosi anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cara nak kenal si dia adalah jodoh kita yang tertulis di luh mahfuz, ini diajarkan Al-Quran. Pernikahan adalah satu ibadah. Ia adalah penyatuan jiwa lelaki dan wanita. Allah menjadikan pernikahan sebagai halal untuk memenuhi tuntutan seksual dan jalan mendapatkan zuriat.
Jika kita meniatkan sesuatu yang baik ketika mahu mendirikan rumah tangga maka Allah akan mempermudahkannya. Ini berdasarkan satu hadis sahih Bukhari dan Muslim.
“Segala amalan adalah berdasarkan niat, setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Justeru, barang siapa penghijrahannya adalah kerana Allah swt dan Rasulullah saw, maka ianya akan menuju kepadaNYA.
“Sesiapa yang penghijrahannya kepada dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini, maka penghijrahannya adalah hanya untuk apa yang diingini”
Justeru itu bagaimana kita mahu tahu bahawa pasangan kita itu adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah sejak di luh mahfuz lagi?
1)Sejak dari awal perkenalan, semuanya mudah. Dalam erti kata lain kita dapat merasakan perasaan ini jauh di sudut hati kita. Malah semasa berkenalan pun, kita merasakan hubungan itu berlalu dengan cukup mudah. Kita cukup senang hati menerimanya dan hati kita langsung tidak rasa gusar atau ragu-ragu tentangnya. Malah hati kita akan selalu terdetik, inilah lelaki yang bakal jadi suami saya.
Di dalam al Quran surah An Nur ayat 32 ada dinyatakan tentang jodoh ini.
“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui (Surah An Nur ayat 32)
2) Kita rasa tenteram ketika bersama dengannya. Masa yang sama kita berasa selamat ketika bersamanya. Langsung tiada perasaan risau di hati kita. Jika ini yang kita rasakan, telitilah surah Ar Rum ayat 21 ini yang bermaksud:-
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
3) Anda dapat rasakan dia sekepala dengan anda. Dia tak akan tinggalkan anda sama ada saat susah atau pun senang. Ini dirujuk kepada surah As Syurah ayat 74 bermaksud :-
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.
4) Dia memahami diri anda. Dia mudah menerima kekurangan anda dan anda menerima kekurangan dirinya tanpa ragu-ragu. Si dia juga buat anda rasa selamat dan bahagia tatkala bersamanya. Malah anda tidak dapat membayangkan apa akan terjadi jika hidup tanpanya. Jika ini yang anda anda rasakan, surah Al Furqan ayat 74 menyatakan ini.
Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Jika ada beberapa ciri ini, yakinlah bahawa dia adalah jodoh anda yang telah ditetapkan di luh mahfuz lagi. Sentiasalah berdoa agar jodoh itu adalah adalah lelaki yang mampu membawa kita ke jannah.
JEANS BURUK JANGAN DIBUANG, BOLEH DIBUAT TOTE & SHOPPING BAG. SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Terima kasih buat doa kalian pada kami bertiga. Lets move on, Allah ada jaga Mimi & Ameena” begitulah luahan daripada pelakon Shakilla Khoriri selepas bekas suaminya yang juga penyampai radio popular Suria FM, Fizi Ali mengesahkan perkahwinan mereka sudah terlerai.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Shakilla berterima kasih kepada peminat dan rakan-rakan kerana mendoakan yang terbaik buat mereka.
Sememangnya pengesahan hubungan pasangan suami isteri ini sudah berakhir dan membawa haluan masing-masing mengejutkan peminat industri seni tanahair. Di akaun Instagram Shakilla dan Fizi sebelum ini sering menunjukkan kemesraan, kebahagiaan mereka sekeluarga dan bagaikan tanpa angin tanpa ribut berita ini membuatkan ramai peminat yang sedih.
“Terima Kasih Buat Doa Kalian Pada Kami Bertiga”
Namun meskipun sudah berpisah namun sebelum ini Fizi dan Shakilla sudah sepakat untuk membesarkan anak mereka Nurul Ameena Sofia, 2, bersama-sama dan memastikan anak kesayangan mereka mendapat kasih sayang secukupnya daripada mereka berdua.
Shakilla menerusi perkongsian terbaru berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang terbaik buat mereka bertiga.
“Terima Kasih buat doa kalian pada kami bertiga. Family, saudara mara , kawan rapat sampai lah kalian yang saya sendiri tak pernah kenal.
“Tapi masih doa yang baik-baik untuk kehidupan akan datang buat kami.
“Saya hargai sangat,” luah Shakilla.
Semoga Allah Berkati Kita Semua
“Saya minta maaf sebab tak termampu untuk jawab semua.
“Semoga Allah berkati kita semua dan balik kan doa kalian semula.
“Lets move on. Allah ada jaga Mimi & Ameena,” sambung Shakilla yang begitu positif tentang keretakan rumahtangganya.
Ada sesetengah suami, cukup memahami kaum isteri. Tengok isteri macam marah-marah dan diam, terus dibaginya ‘me time’ kepada isterinya yang telah banyak buat kerja seharian.
Nilai ‘me time’ bagi kaum mak-mak tak sama, ada yang dapat guling-guling kejap di rumah tanpa di ganggu pun dah OK. Dan ada yang nak ‘me time’ dengan cara keluar shopping bersama kawan-kawannya.
Terpulang.
Namun kali ini ada cara ‘me time’ yang lebih manis andai dipratik, cuma di rumah dan perlu dihayati. Jom godek perkongsian saudara Muhammad Ahmad…
Inilah ‘Me Time’ Yang Cukup Mudah Buat Isteri
‘Me time’ yang terbaik buat seorang isteri adalah dapat baca Al-Quran, zikir, solat tanpa gangguan dari suami dan anak-anak. Saya ambil peluang ini jaga anak sementara isteri habiskan amalan dia.
Prinsip saya. Untuk isteri taat suami, berusahalah agar isteri taat الله dan Rasul terlebih dahulu. Sibukkan isteri dengan amal ugama, bukan sibukkan mereka dengan drama TV dan jangan sibokkan mereka dengan kerja rumah yang takpernah habis.
Percayalah. Isteri itu anugerah terhebat dari الله. Dialah penyeri hidup seorang suami, dialah sumber pahala buat suami, dari dia jugalah akan lahirnya anak yang soleh solehah.
Suami Kena Selalu DOA
Kita suami jangan lupa doa;
“ ya Allah jaga isteri saya, ampunilah dosa-dosa dia, jauhkankanlah dia dari fitnah akhir zaman, kurniakan dia syurga tanpa hisab…”
Hah, macam mana? Hakak-hakak nak pilih jalan ‘me time’ yang mana satu untuk tenangkan emosi yang penat? Moga pilihan itu terbaik dan membahagiakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!