Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 bukan sahaja tular berkait dengan pingat emas yang diraih dan kehebatan pemain malah makin ralit dengan tumpuan netizen pada ketampanan pemain yang terlibat.
Antara atlet yang menjadi tumpuan ialah putera raja yang kini mencuri tumpuan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen iaitu anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Sementara atlet wanita yang menjadi sebutan ramai pula sudah tentu dari gimnastik iaitu Farah Ann yang merangkul emas.
Begitu juga dengan skuad bola sepak Malaysia yang sudah layak ke peringkat final.
Memang isu Sukan Sea sedang ‘trending’ dan semua orang berebut nak tahu tentang acara dan kemenangan terbaru setiap hari.
Nak dijadikan cerita dalam kesibukan netizen update mengenai Sukan Sea, tetiba nama peserta Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Rahmat menjadi PANAS selepas dia membuat satu tweet yang akhirnya menjadi viral.
“Yang perempuan bergetar melihat Putera Mateen”
“Yang lelaki keras melihat Farah Ann”
Ramai netizen yang terkejut dan membalas tweet PU Rahmat kerana seperti tidak sesuai, malah dilihat seakan mencari publisiti dengan cara tweetnya yang berbaur lucah.
Namun maksud sebenar PU Rahmat ialah untuk mengatakan bahawa sebagai orang Islam, kita seharusnya menjaga pandangan mata. Tetapi lain pula yang difahamkan oleh sesetengah pengikut laman twitter sehingga ramai yang menegur dan memberi pandangan mereka tentang tweet PU Rahmat ini.