Kongsi Video Suami Cuci Pinggan Di TikTok, Wanita Kena Cerai!

Share

TikTok salah satu platform media sosial yang menjadi ‘trend’ di seluruh dunia. Pelbagai video pendek dikongsi berkaitan aktiviti, hobi atau apa sahaja cerita.Siapa sangka niat berkongsi video untuk konten di TikTok, boleh menjadi punca perselisihan di antara pasangan dan sebab isteri diceraikan.

Muat Naik Video Suami Cuci Pinggan

Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok, lapor Gulf News.

Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.

Wanita itu mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.

Artikel menarik: Alasan Cerai Tak Masuk Akal ‘Isteri Suka Basuh Baju Waktu Malam’ ‘Punggung Isteri Menggerutu’, Kenapa Mudah Suami Melepaskan

Selit Lagu ‘Provokasi’ Pada Video

Dia menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video itu yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya sejurus selepas klip itu tular.

Lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘Saya dominan’ atau ‘Saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.

Bahagian pertama lagu itu berbunyi ‘Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya, saya akan membuat anda gila jika anda melihat gadis lain di jalanan, selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya’.

Ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca daripada lagu tersebut.

Baca Lagi Di Sini:Wanita Kena Cerai Sebab Suami Tak Suka Tengok Muka Tanpa Mekap!

Mesti Baca: Bahagia Kita Sendiri Kena Cari, Bercerai Bukan Halangan Untuk Kekal Gembira

Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Semoga menjadi pengaran juga buat kita. Berpada-padalah dalam memuat naik apa juga video yang ingin dikongsikan. Mungkin kita anggap ‘bergurau’ namun penerimaan setiap orang, tak sama.

Sumber: Kosmo, Gulf News

Betul ke sikap pasangan berubah selepas berkahwin?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke isteri yang keluar bekerja sebab bimbang bebankan suami?

Published by
Suhaidah Abd Wahab