Sekarang ni ramai yang bercuti dengan memilih naik keretapi. Malas nak fikirkan jam di sepanjang jalan, penat lagi. Kalau ‘train’, duduk dan lihat pemandangan luar saja.
Nak naik keretapi tak semestinya ke negeri lain. Cukup dalam negeri sendiri pun seronok. Contohnya, rakyat Kelate boleh saja ke Dabong dan ini pula rakyat Johor boleh ke Kluang.
Sebenarnya, setiap dareah dalam negeri pun banyak tempat menarik yang kita boleh jelajah. Cuma ada yang tahu dan tak tahu saja.
Kali ini, perkongsian daripada Syikeen Mus tentang tripnya ke Kluang. Harga pun tak adalah mahal. Jimat sangat dan boleh bawa keluarga jalan-jalan naik keretapi.
Harga tiket pergi balik ke Kluang dengan naik train hanya RM26.
Jimat dan tidak membazirkan. Tiket sehala RM13 saja.
Trip: Kempas – Kluang (pergi balik)
Harga tiket – RM13 sehala.
Perjalanan: Lebih kurang 2 jam menaiki train.
.
Sebenarnya, nakl naik dari Kulai pun ada. Cara booking tiket ikut online saja. Pastikan detstinasi betul.
Ads
Tiket tu terpulang nak print atau tidak. Tunjuk soft copy je senang. Lepas tu, setakat ejaan nama salah satu dua, tiada masalah. Tak strict macam korang naik flight pun.
.
.
Sampai je stesen, boleh la nak ”ngopi-ngopi” kat Kluang RailCoffee. Nak kan suasana je ni
Terasa macam kita berada di “zaman mak mak” kita dulu. Dari segi harga dan menu apa yang ada, bajet la siap-siap.
.
Dah lepas makan-makan sini, kita boleh jalan-jalan di Streets Art’s, Laman Kreatif Kluang.
Ads
.
Ini tak payah pakai modal lagi. Dari tempat train tu dah boleh nampak “bangunan biru” depan tu.
.
Lintas jalan hati-hati, tak sampai 2 minit sampai. Dekat sangat. Ada apa sini?
Ni mural cantik- cantik kita boleh bergambar.
Nak solat? No worries, dekat stesen sini ada surau dah. Settle semua, tunggu train balik. Ok done? Simple je kan?
Ads
.
Antara tempat menarik di Kluang:
Kluang Railway Coffee Restoran Bawah Kolong (Rumah kedai, nasi campur , kedai bawah tangga gitu) Laman Kreatif Kluang UK Farm Agro Tourism L.A Dairy Goat Farm Kilang Coffee Factory (Sini boleh minum2 Kopi, beli pelbagai jenis kopi original) Gunung Lambak Eco Park Tatula Hill Resort (spot ootd cantik sangat! View cantik
Okay, selamat ke Kluang guys!
Mingguan Wanita : Dah sampai Johor, tak tahu pergi mana, boleh singgah ke Kluang. Menarik juga!
Baju tanpa gosok. Ini adalah trademark dan sinonim dengan baju Sabella yang diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Pn Siti Fatimah Abd Samat dan Tn Suffian Sulaiman.
Kehadiran pakaian Sabella ini telah menarik perhatian wanita-wanita di luar sana. Maklum sajalah koleksi pakaian yang sangat menyenangkan, apatah lagi fabriknya yang lembut dan baju tanpa gosok membuatkan wanita selesa memilih jenama ini.
Boleh dikatakan, kalau dari segi harga pakaian ‘ready to wear pun ’ boleh tahan harganya, sementelah dengan keadaan kos sara hidup membuatkan ramai berfikir untuk bersederhana terutamanya menjelang hari raya.
Rentetan daripada itu dan seruan daripada pihak kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah diterajui oleh KPDN, syarikat popular dengan tagline ‘baju tanpa gosok’ jenama Sabella melancarkan Jualan Rahmah Bersama Sabella bermula 25 Mac hingga 20 April akan datang.
Baju Tanpa Gosok Buat Jualan Rahmah
Apa yang menarik tentang Jualan Rahmah bersama Sabella ini ialah merangkumi pelbagai produk pakaian sedia dipakai (ready to wear) termasuk baju kurung, blaus, tudung dan pelbagai lagi pada harga sehingga 71 peratus lebih murah berbanding harga jualan murah sedia ada.
Menurut pengasas Sabella Holding Sdn. Bhd, sejumlah 700,000 pasang produk pakaian telah dihasilkan dengan harga serendah RM8.00. Pakaian ini boleh dapati di enam lokasi yang terpilih. Malah diskaun ditawarkan ini sangat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Melalui Jualan Rahmah ini ia dapat membantu golongan kurang berkemampuan bagi persediaan menyambut bulan Syawal atau Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya yang memberi jaminan kualiti pada setiap produk.
Antara 6 lokasi terpilih dalam Jualan Rahmah Bersama Sabella ini adalah Ibu Pejabat Sabella, Batu Caves, Selangor; Dewan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor; Dewan Teratai, Shah Alam, Selangor; Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, Kedah; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan serta Dewan TER, Kuala Terengganu, Terengganu.
Selain daripada itu, SABELLA turut memperkasakan seramai 250,000 orang ‘dropship’ majoritinya terdiri daripada suri rumah golongan B40 di seluruh Malaysia.
Majlis Jualan Rahmah Bersama Sabella telah dilancarkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali anak bermain, mak-mak kena awasi apa barang dimainkan oleh anak-anak. Kadang-kadang, perkara yang tidak kita jangka boleh berlaku.
Sementelah, anak-anak yang masih bayi dan baru nak ‘dapat kaki’, kebiasaan anak usia beginilah tangan cepat saja masukkan benda ke dalam mulut. Ini belum lagi anak yang sudah besar dan boleh berdikari pun kena awasi juga.
Mungkin kita sebagai mak merasakan anak tidak akan buat perkara yang diluar jangkaan kita. Tapi, bila nak jadi, siapalah kita untuk sangkalkan. Apa yang penting, kena cepat-cepat bawa ke hospital, kita tak tahu apa akan jadi kalau terlewat.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Abby tentang apa yang berlaku pada anak perempuannya. Dia langsung tidak menyangka ia terjadi pada anaknya yang dianggap hanya keracunan makanan saja. Sebaliknya, lain yang terjadi…
“Tak tahu apa nak cakap. Semogo apa yang berlaku pada anak saya ini menjadi peringat buat semua ibu bapa.
“Pada mulanya saya fikirkan keracunan makanan. Tapi baby tidak cirit birit, cuma muntah setiap kali makan atau minum. Doktor suspect sesuatu yang tidak baik sebab dalam darah sudah ada toksin.
“Baby menangis sepanjang hari tahan senak perut agaknya. Usus pun dah mulai bengkak. Sudah tak minum susu selama 4 hari dan makan pun tak mahu.
“Hasil x ray dan ultrasound, kelihatan 4 biji seperti manik size sebesar manik tudung tu saja. Tapi yang menjadi sangat bahaya apabila biji magnet ini melekat pada dinding laluan tu macam terbelit usus. Boleh menyebabkan usus bocor/ luka.
Bagi rawatan seterusnya, baby dalam pengawasan pihak hospital untuk minor surgery pada 27/4/2021 bagi membuang magnet.
Trauma dan fobia sungguh saya dengan benda ini, bukan pada bayi sahaja tapi kalau terjadi pada orang dewasa, perkara sama juga boleh berlaku.
Permainan Anak-anak Sekarang
Inilah permainan budak-budak sekarang. Abangnya yang minta beli. Ya Allah, cuainya saya biarkan anak beli mainan seperti ini. Saya betul-betul menyesal.
Ini benda yang dikeluarkan. Magnet kecil melekat dua biji pada bahagian (a) dan dua biji pada bahagian (b)
Saluran usus telah bocor akibat daripada magnet ini menyepit saluran usus. (Tindakbalas asid perut)
Pembedahan mengambil masa dua jam untuk keluarkan magnet ini. Doktor akan pantau selama 2 hari lagi. Baby Ayfaa juga kena berpuasa lagi..
Sehinggalah waktu Subuh, baby Ayfaa masih boleh bercakap, merengek sakit pada bahagian perut, sampai tidut pun tak boleh berbaring dan hanya duduk.
Sungguh … Sangat pilu hati saya.. tak sanggup tengok semua prosedur, hanya suami yang mengiringi ke bilik bedah. Suami sendiri pun tak tahan, apatah lagi saya.
Buat ahli keluarga dan kawan-kawan, terima kasih bertanya khabar dan tak mampu balas dengan kata-kata.
Sekarang, Ayfaa dalam keadaan baik dan mula sedar.
Jadikan Pengajaran
Harap perkara ini tidak berlaku pada anak-anak kita. Tolong buang jauh-jauh magnet atau sebaraang objek yang berkemungkinan anak akan telan.
Terima kasih yang sudi berjaga-jaga tentang bahaya magnet ini. Tidak mudah untuk lalui, jika tiada kemudahan, anak belum pandai bercakap, nak cari punca pun tak tahu. Tanda-tanda hanya demam dan muntah. Jika lambat bertindak, boleh keracunan darah yang teruk.
Peringatan untuk semua.
MW: Moga ia dijadikan ingatan buat mak-mak. Jangan ambil mudah dan ambil ringan tentang apa permainan yang anak mainkan. Kita tak tahu, kesannya boleh membahayakan mereka.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Haider Mateen hero baru Elly Mazlein dan suami, Mohamad Azlan. Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon popular Elly Mazlein yang baru saja melahirkan bayi lelaki.
Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi Sabtu, 23 Oktober lalu.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Elly bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan.
“Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October 2021 pukul 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat.
“Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandung sehingga bersalin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah.
“Suami, emak dan jururawat membaca surah Yasin, beri ayat mudahkan bersalin. Syukur, cepat Haider nak jumpa mama dan papa.
“Dengan ini saya nak memperkenalkan anak kedua, Haider. Selamat datang ke dunia kegembiraan kecil saya,” tulis Elly.
Haider & Sefhia Hadiah Paling Bermakna Buat Suami
Perkongsian terbaru, Elly turt berkongsi ucapan sempena hari lahir suaminya. Paling membuatkan suaminya terharu, Haider dan Sefhia merupakan hadiah paling bermakna buat Mohamad Azlan.
“Happy birthday Suami, Suami cakap dengan hadirnya Haider & Sefhia tu hadiah paling bermakna buatnya.
“Kakak Manja paling excited.
“Selama ini kakak Manja hanya kenal dua Hero dalam hidupnya.
“Siapa lagi, Atuk & Papa Awan Nano la. Dan Alhamdulillah kali ni hadir seorg lg hero dalam hidup dia, Haider. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah
“Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin.
“Welcome home Haider Mateen Bin Mohamad Azlan,” luah Elly.
Untuk pengetahuan Elly telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020.
Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5
Sumber /Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.