Bermula di Johor, menyusuri ke Selangor dan berakhir di Negeri Sembilan. Inilah kesungguhan yang dilakukan oleh redONE dalam berkongsi rezeki dan menyantuni anak-anak yatim dalam Siri Jelajah Program redONE Colours of Ramadhan 2021.
Walaupun keadaan sekarang dengan cabaran menghadapi pandemik Covid-19, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat untuk redONE menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam mendekati golongan kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim dan asnaf dan berjaya realisasikan dengan kenangan yang penuh indah.
Melalui redONE Foundation yang berkolaborasi dengan Mingguan Wanita, siri jelajah redONE Colours of Ramadhan 2021 diakhiri dengan menyantuni 2 pusat jagaan anak-anak yatim iaitu Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina, Senawang dan Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Perempuan Mawarku, Taman Paroi Jaya, Seremban baru-baru ini.
Pada hari pertama siri jelajah di Negeri Sembilan, redONE berbesar hati menyantuni anak yatim di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina, Senawang yang menempatkan 10 orang anak yatim yang kesemuanya lelaki dan berusia antara 7-15 tahun serta mempunyai pelbagai latar belakang.
Di sini, pelbagai aktiviti menarik dilakukan bersama-sama dengan anak-anak yatim seperti sesi gotong royong di kawasan rumah, bermain permainan lumba basikal paling perlahan dan banyak lagi. Paling menggembirakan mereka apabila artis, Tajul turut hadir dengan membuat dua persembahan nyanyian dan melakukan aktiviti ‘timbang bola’ bersama anak-anak yatim.
Caption: Antara aktiviti yang dilakukan dengan bergotong royong membersihkan kawasan rumah dan menyusun buku-buku.
Majlis berakhir dengan acara berbuka puasa, pemberian cenderahati dan sumbangan duit raya dari redONE.
Caption: wakil dari redONE dan artis, Tajul dalam memeriahkan majlis berbuka puasa.
Dalam pada itu, Pengurus Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina, Mohd Faizal Harun turut memaklumkan bahawa pusat jagaan ini tidak menerima apa-apa sumbangan yang tetap dari mana-mana badan atau kerajaan.
“Cuma sekarang ini banyak menerima sumbangan untuk kegunaan fasiliti dan seluruh perbelanjaan asrama anak-anak yatim ini. Selain itu, kami memerlukan dana yang besar untuk membina asrama untuk mereka ini,” katanya yang cukup bersyukur dengan program yang dianjurkan oleh redONE dan Mingguan Wanita ini.
Sementara itu, menurut Ketua Hal Ehwal Korporat redONE, Megat Ishak M Rashid, kehadiran pihak redONE pada mulanya agak terkesan melihatkan keadaan rumah anak-anak yatim ini yang dilihat sedikit kecil berbanding rumah lain yang dilawati namun semuanya lengkap. Bagaimanapun, kami seronok melihatkan gaya pembawakan diri mereka yang tidak canggung dan menerima pelawat dengan tangan terbuka.
Caption: Membaca doa sebelum berbuka puasa dan menjamu selera.
“Walaupun kawasan pusat jagaan ini di kawasan perumahan, ia memberi satu kelebihan kerana anak-anak yatim ini dapat bergaul dengan jiran sekeliling. Malah, harapan saya agar anak-anak yatim di sini mengambil peluang untuk memperbaiki diri dalam menjadi lebih baik,” katanya yang bersyukur dapat memberikan keceriaan dengan mereka.
Malah, apa yang diperkatakan oleh Megat Ishak ini dipersetujui oleh rakan niaga redONE, Norhakimi Ishak yang turut bersyukur kerana kedatangan mereka ini, sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan buat anak-anak yatim di sini.
Caption: Kemuncak majlis dengan pemberian hadiah dan cenderahati untuk anak-anak yatim.
Hari terakhir Program redONE Colours of Ramadhan 2021 bertempat di Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Perempuan Mawarku, Taman Paroi, Seremban yang menempatkan 13 orang anak yatim dan asnaf.
Caption: Kegembiraan anak yatim menyambut kedatangan wakil redONE.
Di pusat jagaan ini juga, diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti membersihkan laman dan sudut khas untuk bersantai. Artis Kucaimars turut hadir meraikan kegembiraan dengan mendendangkan dua buah lagu yang turut dinyanyikan bersama-sama anak yatim.
Caption: Sempat lagi berselfie bersama Kucaimars.
Sebelum kemuncak majlis dengan acara berbuka puasa, pemberian cenderahati dan sumbangan duit raya, Kucaimars sempat melakukan aktiviti hula hoop challenge bersama anak yatim & wakil redONE.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Perempuan Mawarku, Suhardi Sawai, pengambilan pertama anak-anak yatim ini adalah pada tahun 2019 dan antara umur 7-12 tahun sahaja. Sistem pendidikan adalah mengutamakan persekolahan formal, kelas KAFA dan sebagainya.
“Kami cukup mementingkan pendidikan kepada anak-anak ini dan mengutamakan persekolahan formal, kelas KAFA dan lain-lain yang berkaitan. Kami turut menanggung sepenuhnya makan minum, sara hidup dan pembelajaran mereka. Sumber pendapatan adalah melalui derma kawan-kawan dan khayalak ramai,” katanya.
Sementara itu, bagi Penyelia Informasi & Latihan redONE, Nurul Syahira Aszahar pula tidak menyangka kehadiran mereka disambut dengan mesra walaupun pertama kali bersua muka. Katanya, dia sungguh gembira dengan layanan daripada anak-anak yatim.
“Walaupun, keadaan sekarang masih lagi dalam pandemik covid-19, tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan program seperti ini sehingga berjaya. Ini sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan pihak kami daripada badan korporat untuk menbantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Caption: Wakil Rakan Niaga redONE turut memberi sumbangan pada anak-anak yatim.
Bagi Rakan Niaga redONE pula, Che Norsilawati Che Soh, berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi supaya dapat bersama mereka dan mengeratkan silaturahim.
Caption: Acara kemuncak dengan pemberian hadiah pada anak yatim sebelum acara berbuka puasa.
Caption: Bergambar kenangan wakil redONE dan anak-anak yatim.
Jika anda ingin menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada kedua-dua buah rumah ini boleh menderma di nombor akaun tertera :
Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina: 555126528771 (Maybank Islamic Berhad)
Atas nama : Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Waldaina
Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Perempuan Mawarku: 8603444238 (CIMB Islamic)
Atas nama : Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Perempuan
Dengan musim pandemik yang melanda membuatkan ramai orang terputus hubungan dengan yang tersayang. Mana taknya, bukan sahaja mereka kena duduk di rumah, malah nak merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman pun tak boleh. Kini, hanya panggilan telefon dan Whatsapp sahaja sebagai pengubat rindu.
Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk berbuat demikian. Kebanyakannya terikat dengan data dan panggilan yang mempunyai had membuatkan mereka sukar untuk berhubung.
Dengan pelan tanpa had, redONE Hybrid50U anda tidak perlu risau kerana biarpun jauh dari yang tersayang, anda akan tetap berasa dekat. Boleh hubungi mereka bila-bila masa yang anda inginkan.
Pelan ini menyediakan data dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Selain itu, pelan ini turut menawarkan 10GB data berkelajuan tinggi kepada penggunanya. Jangan risau, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja sebulan dan menariknya, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila melanggan ke pelan ini.
Jika anda pernah disenarai hitam, jangan bimbang. Gunakan pelan ini dengan tenang. Apalagi dengan rangkaian 4G LTE terluas yang ditawarkan. Di kawasan pedalaman pun boleh dapat line!
Dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), redONE sentiasa memberikan kemudahan terbaik kepada para pelanggannya. Dengan itu, mereka boleh terus berhubung di media sosial dengan mereka yang jauh di mata, tapi dekat di hati.
Jika berminat untuk melanggan pelan Postpaid Hybrid50U, boleh lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my