Berita

Kongsi Kasih Perfume Paradise Serikan Aidilfitri Santuni Anak Remaja Asnaf, Pelakon Senior Aida Ruyati & Harun Hashim

Share

Istimewa Aidilfitri, Kongsi Kasih Jejak Jalanan episod kelapan yang dibawakan khas oleh Perfume Paradise kali ini bersiaran selama sejam. Sempena sambutan Aidilfitri, team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise telah membawa anak-anak remaja asnaf membeli belah baju raya di Jakel.

Seramai 25 anak remaja asnaf yang bertuah daripada tiga buah rumah kebajikan terpilih begitu ceria sewaktu memilih baju raya kegemaran mereka. Selepas memilih baju raya, mereka kemudiannya dibawa makan di sebuah restoran untuk berbuka puasa.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran dan suami juga turut memberikan sumbangan tambahan kepada anak-anak remaja tersebut.

Pelakon Senior Aida Ruyati Sudah Tidak Mampu Bekerja

Selesai menyantuni anak-anak remaja asnaf, team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke rumah pelakon senior wanita yang dikenali dengan nama pentas Aida Ruyati atau nama sebenarnya Majidah Othman.

Sewaktu hadir ke kediaman Aida Ruyati atau lebih mesra dengan panggilan Ibu Aida, dirinya berasa sangat gembira apabila ada yang sudi datang bertandang. Kesihatan Ibu Aida semakin merosot dan kini menghidap sakit jantung, kencing manis, saraf dan penglihatannya semakin kabur.

Berusia 70 tahun, pelakon senior yang sering menghiasi drama tempatan tidak mampu untuk bekerja.

“Sejak mengalami penyakit kronik, ibu sudah tidak mampu bekerja atas faktor masalah kesihatan. Sekarang ini ibu tinggal bersama anak. Memang rindu nak jumpa kawan-kawan di set pengambaran tapi ibu sudah tidak sihat untuk berlakon,” luah Ibu Aida yang turut bersedih apabila ramai rakan seperjuangan yang sudah pergi menyahut Ilahi.

Walau sedih dengan nasib diri, namun Ibu Aida bersyukur dengan kehadiran team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise yang sudi memberikan sumbangan.

Menarik : Kongsi Kasih Episod 7: Di Sebalik Sebuah Senyuman, Ada Kisah Jerih Perih Seorang Ayah. Perfume Paradise Kembalikan Senyuman

Kesihatan Harun Hashim Makin Merundum

Pelakon lelaki senior Harun Hashim yang baru saja kehilangan isteri tersayang kini kesihatannya semakin merundum.

Harun Hashim mengidap penyakit kencing manis kronik, darah tinggi dan penglihatan semakin kabur.

Setelah kematian isteri November tahun lalu, kesihatan pelakon ini semakin merudum. Malah dek kerana kasihnya pada arwah isteri, dirinya berasa sunyi dan mengambil keputusan untuk berpindah di kawasan rumah yang berdekatan dengan kubur arwah isteri untuk memudahkan dia melawat kubur arwah.

Kehadiran team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise sedikit sebanyak mengurangkan beban buat Harun Hashim. Malah dirinya juga turut sebak kerana ada yang sudi hadir melawat dirinya.

Saksikan perjuangan Kongsi Kasih Musim Keempat ‘yang lebih wangi’ dengan Perfume Paradise  hanya di Kongsi Kasih Jejak Jalanan Episod 8 di Astro Prima.

#mingguanwanita #kongsikasih #perfumeparadise

Baca Disini : KONGSI KASIH JEJAK JALANAN Musim Baharu Lebih Wangi Dengan Perfume Paradise

Published by
Norhayati Suboh