Kongsi Cara Cepat Sediakan Bahan Masakan. Jimat Masa Buat Mak Yang Sibuk

Share

Selalu kita dengar, mak-mak yang bekerja tidak sempat masak untuk keluarga di rumah. Maklum sahaja, keluar seawal pagi dan malam baru sampai di rumah. Bila masa untuk mak-mak masak. Sudahlah ambil masa agak lama untuk sediakan bahan.

Belum lagi fikir, nak masak lauk apa. Nak keluarkan lauk dalam peti ais lagi. Jawabnya, anak-anak tertidur kelaparan nak tunggu mak siap masak. Jalan mudah, beli sahaja kat luar, balik rumah terus makan.

Sebenarnya, kalau mak-mak yang gigih nak masak untuk keluarga, bukan dijadikan alasan penat kerja waktu siang dan malamnya untuk berehat sahaja. Kalau mak-mak yang pentingkan cara pemakanan dan mahukan anak nikmati air tangan ibunya, ada cara yan boleh mak-mak sediakan bahan masakan dengan lebih awal. Jadi, bila nak masak, hanya keluarkan dan masa untuk siap pun cepat.

Lily Moha, turut berkongsi tentang mealprep yang dia amalkan untuk keluarga. Moga ia memberi manfaat untuk mak-mak di luar sana.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kongsi Cara Lipat, Susun Baju Teknik Marie Kondo. Paling Praktikal Urus Pakaian Keluarga

Tukang Masak Kongsi 3 Barang PENTING, Sental Periuk Belanga Jadi Bersih Berkilat!

Info Lebih Menarik DI SINI

Bukan Idea Baru

Nak sediakan bahan masakan ini, mungkin ia nampak perkara mudah bagi orang lain tetapi bagi sesetengah orang, ia seperti idea baru.

Salah satu punca kurang motivasi untuk memasak makanan di rumah adalah kerana lecehnya bab penyediaan bahan masakan dan cuci mencuci selepas semuanya tersedia.

Beberapa tip untuk menjimatkan masa:

1. Guna dua papan pemotong berbeza di dapur. Satu untuk bahan mentah untuk dimasak dan satu untuk bahan yang dimakan mentah. Gunakan papan pemotong besar dan letak saja semua bahan yang mahu digunakan di atasnya. Tak perlu susun masuk dalam bekas kecil satu-satu berderet macam chef sebab chef pun assistant yang buat. Kita ni kitalah chef kitalah juga kitchen assistant.

2. Dulu saya alas surat khabar lama semasa kerja-kerja mengupas. Siap kupas, terus bungkus semua. Sekarang sebab saya seorang saja kitchen manager, saya terus kupas dan tadah dengan tong sampah kecil saya. Rajin sikit lagi, saya ambil sisa-sisa ni kemudian buat baja. Kalau rajinlah pun, tapinya banyak yang tak rajin.

3. Semua resepi guna bawang merah, saya guna ja bawang besar.

4. Bawang putih pula ketuk saja dengan pisau besar. Pisau besar ala Chef Cina yang sama saya guna untuk hiris semua sayur dan bebawangan. Best guna pisau besar.

5. Jika ke pasar, ayam dan ikan dah siap-siap dibersihkan tinggal mahu cuci sikit-sikit saja di rumah. Kebanyakan masa menu ikan taklah ikan jenis susah nak siang, semua senang saja. Jika tak ke pasar, saya akan order saja dari Kakak Freshpickup kesayangan. Siap basuh dan masuk dalam bekas dah.

6. Asingkan jumlah protein untuk satu hidangan ke dalam satu bekas. Kalau ahli keluarga ada 5 oran, jumlah ayamnya pun 5 ketul, kalau udang allocationnya seorang 4 ekor maka masuk bekas 20 ekor begitulah seterusnya. Masa beli pun saya akan kira berapa ekor masuk dalam plastik. Habit ni tak boleh buang, dah terbiasa. Ikan, udang, sotong, ketam saya akan cukupkan jumlah ikut ahli keluarga.

Sebelum makan akan bagitau anak-anak udang berapa ekor seorang dan gitulah seterusnya. Nampak macam lokek, tapi adil untuk semua. Ia juga dapat mengelakkan mak terpaksa habiskan makanan yang tak habis.

7. Lauk yang sudah dimasak pun sama, asingkan mengikut jumlah sekali hidangan. Saya masukkan dalam bekas kaca/tembikar yang boleh dihangatkan terus, terus letak atas meja untuk dihidangkan.

8. Hidangan seperti masak kurma dan kari, saya masak lebih dan bekukan untuk digunakan lagi. Keluarkan kuah, masukkan saja protein, siap.

9. Buat jadual tugasan masing-masing. Yang pasti, pinggan dan cawan masing-masing kena diuruskan sendiri. Habis makan terus berikan arahan siapa bersihkan meja, siapa pula tolak kerusi dan siapa cuci lantai. Hadap sajalah kalau depa duk hingar “ Balik-balik Furqannnnnn ja kena buat” janji semua setel.

10. Be kind to own self. Reward diri sendiri setelah gigih di dapur dengan jayanya. Boleh jadi ambil saja gambar dan pos di wall sendiri. Mungkin boleh jadi seminggu sekali minta makan di luar. Boleh jadi minggu depannya belanja menu best pula.

MW: Begitulah, kalau rajin semua boleh jadi. Kalau ada kata ‘malas’, perkara yang mudah pun jadi susah. Satu lagi kena ada kerjasama satu rumah yang tahu tugas masig-masing. Tak adalah mak-mak buat seorang diri saja.

Sumber: Lily Moha

Published by
Nora