Semua rumah tentunya mempunyai aircond. Maklum sahaja dengan cuaca yang tidak menentu dan lebih-lebih lagi rumah batu. Habanya waktu malam, hangat betul. Jangan hanya pandai guna dan pasang saja tanpa membersihnya.
Biasanya untuk bersihkan aircond perlu dalam tempoh 6 bulan. Jadi, kalau ada rasa aircond tak sejuk dan suhu bilik, hanya keluar angin sahaja. Itu maknanya, aircond anda perlu dibersihkan atau gas sudah habiis. Nak tak nak kenalah panggil tukang aircond.
Sebenarnya, kalau nak jimat tak perlu panggil orang untuk bersihkan sebab, kita sendiri boleh bersihkan. Kalau minta orang bersihkan dah tentu-tentu dalam tangan perlu sediakan duit dalam RM150 untuk upahnya.
Jadi, apa kata bersihkan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca. Mungkin boleh membantu anda.
Baca di sini: DIY Almari Tiga Tingkat Edisi Anak Ramai, Kukuh Jimat Kos
4 Hari Siapkan DIY ‘Accent Wall Lawa, Bajet Kurang RM200!
INFO LEBIH LANJUT DI SINI
Cara Bersihkan Aircond Sendiri
1. Tutup suis aircond.
2. Cabut filter, flipper, dan casing (rujuk gambar).
3. Spray pencuci pada coil.
*pencuci bertindak membersihkan bahagian dalam aircond dengan mencairkan kotoran
4. Biarkan satu minit.
5. Bersihkan kotoran guna berus kecil dan kain lap.
6. Lap casing dan bersihkan filter sebelum dipasang semula.
Ini keadaan tempat keluar angin sejuk sebelum spray pencuci, jadi lepas spray, guna berus gigi dan lap dengan kain sampai bersih.
7. Buka semula suis dan biarkan mode fan dan baki habuk akan keluar sedikit lagi.
8. Bersihkan dan voila! Aircond akan sejuk semula dan bil elektrik juga bertambah jimat!
Selamat mencuba!
MW: Lepas ini bolehlah buat sendiri kat rumah. Minta bantuan suami tersayang bersihkan ye.
Sumber: Susun Atur Sioca