Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, baru-baru ini telah menganjurkan Eskayvie Grand Annual Dinner 2025 bertujuan meraikan kejayaan cemerlang tahun 2024 serta menghargai dedikasi dan usaha luar biasa usahawan Eskayvie Nexus yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.
Bertemakan “The Next Chapter: Honouring the Past, Transforming the Future,”
majlis ini menjadi simbolik kepada perjalanan transformasi Eskayvie menjadi jenama global yang terus relevan, inovatif dan dipercayai, selaras dengan visi memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah.
“Selepas lebih 15 tahun dalam industri kesihatan, transformasi ini adalah langkah strategik
untuk memastikan Eskayvie terus relevan. Kami berhasrat untuk menjadi jenama global
yang bukan sahaja menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi juga memberi nilai kepada
pelanggan melalui inovasi, sains dan teknologi terkini,” kata Kartika Wati Mohamed selaku
Pengarah Urusan Eskayvie.
Eskayvie kini berada di kedudukan yang lebih strategik untuk menyokong pelanggan di
rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina,
menjadikan jenama ini sebagai peneraju dalam industri kesihatan.
Majlis berlangsung turut menyaksikan pelancaran kempen “Booster Minda- Inspirasi Generasi Masa Hadapan.
“Ia inisiatif penting yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu
malnutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia. Di Eskayvie, kami amat menitikberatkan kesihatan holistik masyarakat, khususnya daripada peringkat awal kanak-kanak.
“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% kanak-kanak mengalami anemia, 15.3% kanak-kanak berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6% kanak-kanak adalah obes, meningkat kepada 14.3% pada usia remaja.
Ads
“Masalah malnutrisi bukan sahaja menjejaskan tumbesaran fizikal tetapi turut memberi
kesan besar kepada perkembangan otak. Ia termasuk kekurangan oksigen ke otak yang
menghalang fungsi optimum seperti pembelajaran, ingatan dan perhatian. Penurunan
neurotransmitter pula boleh menyebabkan masalah kognitif, tingkah laku dan kelesuan
mental,” kata Kartika.
Jelas Kartika lagi, selain itu, gangguan myelinasi melambatkan pemprosesan maklumat serta kemampuan kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi.
“Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi
generasi masa hadapan. Melalui kempen ini, kami ingin memberi kesedaran kepada ibu
bapa dan komuniti tentang pentingnya nutrisi lengkap untuk anak-anak agar mereka dapat
berkembang secara optimum.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Eskayvie memperkenalkan produk Eskayvie
Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas untuk menyokong
perkembangan otak dan tubuh anak-anak berumur 2 hingga 17 tahun.
Kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran, menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak,” katanya.
Ads
Tambah Kartika lagi, kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran.
“Sekaligus ia menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak,” Katanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula, pihaknya berusaha menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan semula jadi dan teknologi terkini.
“Dengan Eskayvie Mindtropic, kami berharap dapat membantu ibu bapa menyediakan nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak mereka, memastikan mereka membesar menjadi generasi yang lebih cerdas, produktif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” Katanya.
Kata Dr Syid Ayob lagi, sepanjang tahun lalu, jenama kebanggaan mereka mencatat pencapaian luar biasa dengan mengukuhkan komitmen terhadap ESG (Environmental, Social, Governance).
Ads
“Kami berasa amat bersyukur apabila Eskayvie diiktiraf oleh SIRIM sebagai salah satu daripada enam organisasi utama yang komited terhadap amalan lestari.
“Dedikasi kami terhadap tanggungjawab sosial turut terbukti melalui Yayasan Eskayvie yang telah menyumbang jutaan ringgit kepada golongan yang memerlukan, termasuk anak yatim, asnaf, ibu tunggal, gelandangan dan mangsa banjir. Kami turut berbangga Eskayvie Nexus menjadi platform bisnes yang telah melahirkan lebih 98 orang jutawan sekaligus
memperkasakan masyarakat dengan peluang ekonomi yang bermakna.
“Terima kasih atas usaha gigih intrapreneur serta usahawan Eskayvie Nexus. Bukan
sahaja membantu menyebarkan manfaat produk berkualiti tinggi produk kami, tetapi turut
menjadi pemangkin kepada pembentukan masa depan kesihatan masyarakat yang lebih
unggul,” kata Dr Syid.
Tambah Dr Syid Ayob lagi, dengan transformasi penjenamaan, pelancaran kempen Booster Minda dan inovasi produk, pihak mereka berhasrat untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai jenama global yang memberi impak besar kepada kesihatan masyarakat.
“Kami percaya setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk mencapai potensi
penuh mereka. Melalui kesedaran, inovasi dan kerjasama, kita dapat membina generasi
masa hadapan yang lebih hebat,” kata Dr Syid Ayob.
Acara gilang gemilang itu dirasmikan Dr Syid Ayob sendiri. Sementara itu, Kartika melancarkan transformasi penjenamaan logo baharu Eskayvie.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah. Bagaikan satu kejutan apabila mengetahui perkhabaran perkahwinan pelakon Redza Rosli dan hos Hlive Bella Hanna.
Pasangan yang berjaya menyembunyikan hubungan cinta mereka itu, telah selamat bernikah petang tadi. Tidak disangka pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta yang sama-sama dibintangi Redza dan Bella telah menyatukan pasangan ini.
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah
Pasangan sama cantik sama padan itu telah selamat bergelar pasangan suami isteri di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur berwalikan bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Pada majlis tersebut Redza telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Manakala pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dari pengantin lelaki dan dibalas tujuh.
Tak Nak Berkawan Lama-Lama
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Redza menjelaskan dirinya dan Bellas sudah lama berkawan.
“Kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” ungkap Redza.
Tanggungjawab Besar Sebagai Suami
Kini selepas bergelar suami, Redza akui tanggungjawabnya semakin besar.
“Selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah. Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” ungkap Redza.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nahas dua helikopter yang terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi turut mendapat perhatian selebriti tanahair apabila pelakon Eyra Hazali turut memaklumkan salah seorang ahli keluarganya turut terlibat di dalam nahas tersebut.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya.
Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.
Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.
Seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.
Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini memberi kesan terhadap kehidupan manusia sehari-hari. Antara kejadian yang tidak diingini berlaku termasuklah masalah pokok tumbang sehingga mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Terbaharu, seorang maut, manakala penunggang motosikal cedera dalam kejadian pokok tumbang di Lembah Jaya Utara semalam.
“Saya tahu Abi kemalangan”…
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.51 petang semalam. Katanya, kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Avanza dan motosikal jenis Yamaha 135LC.
Radin Abd Khalim Radin Mahfudz, 64, merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza yang maut akibat dihempap pokok tumbang di jalan utama Kampung Lembah Jaya Utara.
Menurut anak kepada mangsa kejadian tersebut, Radin Muhd Nur Amri Radin Abd Khalim, 33 memang menjadi rutin bapanya menghantar adik ke Hospital Ampang untuk dialisis.
“Memang rutin Abi setiap minggu akan hantar adik dialisis di Hospital Ampang dan kebetulan dia keluar untuk jumpa kawan sebelum kejadian pokok tumbang,” katanya.
“Mungkin nak dijadikan cerita, waktu menunggu agak lama jadi dia pergi untuk berjumpa dengan rakan, tak sangka Abi terlibat pula dengan kemalangan,” katanya.
“Saya tahu Abi terlibat kemalangan daripada adik saya, dia telefon cakap Abi terlibat kemalangan, saya ingatkan kemalangan babitkan kenderaan rupanya dihempap pokok tumbang.
“Mak saya juga telefon suruh datang sini (Hospital Ampang). Mak nampak sedih, tapi dalam hal ini dia tetap nampak kuat,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian membabitkan dua lelaki tempatan berusia 64 dan 23 tahun itu pada pukul 3.51 petang semalam.
Menurut beliau, pemandu kenderaan jenis pelbagai guna Avanza meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang motosikal disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak...