Komen “Ada suami tak nak jaga badan, tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus” Sera tak pernah ambil hati.
Begitulah yang diluahkan oleh isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera apabila ada yang memberi komen terhadap dirinya yang kini semakin kurus.
Malah Sera juga akui dirinya bukanlah mahu membuktikan apa-apa dengan penampilan terbarunya namun dek kerana kini dia punya masa untuk diri sendiri.
Paling penting dirinya tidak pernah fikir perkara negatif.
Pemilik nama sebenar Rossalennah Natassyiah Asshafera seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menyatakan kini berat badannya 49kg.
“Sebelum saya ambil produk Berryfull keluaran Inayah Beauty, berat saya 60kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11kg.
“Jadi sekarang berat saya 49kg. Sekarang ini saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.
“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan. Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga.
“Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.
“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan susah.
“Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak. Kalau makan tu, tak ada dah nak tunggu orang. Saya tak makan malam dan akan tidur terus.
“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas dendam.
“Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini. Saya boleh saja nak menjadi macam dulu,” katanya.
Sera juga tidak ambil hati dengan komen netizen yang menganggap baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang terjadi membabitkan perhubungannya dengan Shuk.
“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.
“Bagi saya ia lebih kepada ketenangan. Bila kita tenang kita boleh kawal aktiviti seharian dan boleh atur hidup kita apa yang nak buat. Itu yang lebih penting.
“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” sambungnya yang kini menjadi wajah Inayah Beauty.
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Sera kuat.
Mingguan Wanita: Semoga Sera tabah ya harungi kehidupan bersama anak-anak.
Sumber: Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Rossa Sera
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita