Bahang Ramadan yang bakal menjelang telah memberi inspirasi buat Ratu Rock, Ella melancarkan Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’ untuk tahun 2024. Ia merupakan satu penghormatan kepada keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan.
Diinspirasi dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella sendiri, koleksi ini membawa intisari kasih sayang serta gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.
Konsep Koleksi ‘Kasih’
“Koleksi ‘Kasih’ terinspirasi dari keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati. Dengan mengambil intipati dari nilai-nilai murni dalam budaya kita, ia membawa sebuah interpretasi moden yang tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih,” ujar Ella.
Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu ‘Arjuna’, setiap satu dibuat dengan sentuhan personal dari Ella sendiri yang mencerminkan keistimewaan dan gayanya dalam seharian dan menyambut lebaran.
Lebih dari sekadar fesyen, ‘Kasih’ menjadi seruan kepada inti kemanusiaan kita yang bersama. Dalam saat-saat kegembiraan kita, janganlah kita lupa kepada saudara kita di Palestin yang menghadapi tantangan yang menguji keadaan mereka.
Ads
Mesej di Sebalik Kempen
Mengusung semangat ‘Kasih’ sebagai pengingat yang mendalam di tengah-tengah momen kebahagiaan kita, Rockqueen mengingatkan kita untuk selalu mengenang saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.
Kempen kali ini istimewanya menampilkan Ella sendiri bersama-sama dengan suami tercinta Captain Azhar dan Kaka Azraf sebagai pendukung utama kempen ini. Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi ‘Kasih’ sebagai metafora yang mendalam, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui.
Kuda – dengan kehadirannya yang kuat dan megah, menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan. Lebih dari peranan simboliknya, ia memberi nuansa pejuang, melambangkan kekuatan dan ketabahan. Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian.
Ads
Kempen ini bertambah mendalam intipatinya apabila diiring dengan alunan susunan baru bagi lagu Kasih nyanyian Ella sendiri.
Ella menekankan pentingnya untuk mengenang saudara-saudara kita di Palestin yang menghadapi cabaran yang sukar untuk mencapai kebebasan dan kedamaian yang mereka layak miliki.
Kasih
“Melalui ‘Kasih’, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai,” ujarnya dengan penuh empati. “Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua.
Ella menegaskan bahawa koleksi ‘Kasih’ Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang penting di sekitar kita. Dengan keprihatinan yang mendalam dan semangat kesatuan yang kuat, Ella dan Rockqueen mengajak semua untuk bersama-sama menyokong misi untuk mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang bagi semua.
Koleksi ini mempersembahkan 10 jenis pakaian termasuk Seri (Abaya kimono), Khaela (Abaya Hoodie), Arjuna (Baju Melayu), dan lain-lain, semuanya dalam nuansa hitam dan putih, koleksi ini diberi sentuhan yang penuh makna.
Rockqueen ‘Kasih’ Eid Collection 2024 tidak hanya menampilkan keanggunan koleksi Raya tetapi juga memperkuatkan mesej mendalam kempen kali ini. Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi ‘Kasih’, kunjungi www.rockqueen.com.my
Dek kerana berasa tidak sedap badan, penyanyi Syafiq Farhain telah melakukan ujian calitan Covid-19. Anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu juga mendapati dia telah dijangkiti virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan dua hari lalu.
Berita tersebut dikongsi bersama pengikutnya di Instagram Story.
Sememangnya kebimbangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 terus dirasai, lebih-lebih lagi kebelakangan ini angka kes baharu beberapa kali mencecah rekod tertinggi. Malah Tidak kira di akhbar mahupun media sosial, ia penuh dengan berita dan coretan kebimbangan terhadap peningkatan kes ini.
Syafiq Farhain Didapati Positif Covid-19
Seperti yang dinyatakan Syafiq juga turut memohom maaf jika dia menyusahkan mana-mana pihak.
“Semalam pergi ujian calitan sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya. Saya didapati positif Covid-19.
“Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya, lebih baik buat ujian calitan juga,” ujarnya menerusi Insta Story miliknya pada petang Khamis.
Mohon Maaf
Antara perkongsian yang dibuat Syafiq menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang Big Stage musim pertama itu turut memohon maaf seandainya menyusahkan mana-mana pihak yang perlu membuat ujian calitan kerananya.
“Maafkan saya kerana menyusahkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut Syafiq tidak memaklumkan punca dia dijangkiti virus tersebut.
Masyarakat perlu jaga diri mereka, keluarga mereka dan juga komuniti sekeliling mereka bagi memastikan ianya bebas COVID-19.
Ikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya terus patuh kepada segala nasihat dan saranan yang sering ditekankan Kerajaan. Jadikanlah amalan-amalan berikut sebagai norma dan kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian, antaranya:
Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
Elak bersalaman / bersentuhan;
Amalkan etika batuk dan bersin;
Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Penantian selama tujuh tahun selepas mendirikan rumah tangga akhirnya pelakon Jehan Miskin, 41 berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.
Jehan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.
Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.
Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada Mei 2013.
Tak rela bermadu, tolak dakwaan anti poligami. Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana masih belum surut.
Esok pelakon wanita sensasi, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian. Sebenarnya keputusan yang dibuat bukanlah sehari dua dan tidak semudah seperti yang disangka.
Hati isteri mana yang tidak terluka apabila mengetahui suaminya curang dan kemudian bernikah di Thailand.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Tak Rela Bermadu, Tolak Dakwaan Anti Poligami
Ibu kepada dua anak itu mengakui keputusan yang dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.
Meluahkan seperti mana laporan Berita Harian, Puteri Sarah turut menolak dakwaan dirinya anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu.
“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.
“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.
“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” luah Puteri Sarah.
Reda Dengan Takdir Allah
Akui dirinya reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya. Malah dia juga telah nekad untuk memfailkan perceraian.
“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.
“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.
“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.
“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” tegasnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...