Koleksi Pinggan Mangkuk Mahal Bukan Untuk Disimpan, Gunakan! JANGAN BERKIRA Dengan Keluarga

Share

Rasanya setiap rumah mak-mak mesti ada satu atau dua koleksi pinggan mangkuk yang cantik dan mahal disimpan dalam almari hiasan kan! Sayang pula nak guna, paling dirisaukan takut pecah. Mahunya tak lengkap set pinggan itu nanti.

Itulah fikiran mak-mak bila beli koleksi pinggan mangkuk yang mahal. Kalau ada diguna pun bila tetamu datang atau guna untuk masa hari istimewa sahaja seperti hari raya.

Bagi kegunaan kat rumah, mak-mak lebih rela guna koleksi pinggan mangkuk yang biasa-biasa sahaja. Kalau pecah atau rosak tidaklah ralat kan!. Jangan begitu dan usah berkira nak bagi ahli keluarga guna.

Sayang memanglah sayang tapi mak-mak kena fikir, semua itu boleh dibeli lagi dan tidak luak pun untuk diguna pakai oleh ahli keluarga sendiri.

Perkongsian daripada Firda Ashaary ada betulnya. Boleh saja bagi ahli keluarga guna, lebih-lebih lagi anak kita. Jangan berkira sangat. Cuma, apa yang mak-mak boleh cakap, pesanlah beratus kali pada anak-anak, dia pun akan lebih berhati-hati.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan BERKIRA Dengan Mak, Isteri Dan Anak. Banyak REZEKI Tak Disangka Nanti

Isteri Duduk Di Rumah Lagi Penat Kerjanya. Suami Jangan Nak Berkira Ye!

Info Lebih Menarik DI SINI

Koleksi Pinggan Mangkuk, Gunalah Untuk Keluarga

Ada secebis nasihat khas untuk mak-mak yang suka beli atau kumpul koleksi pinggan mangkuk, tak kisahlah yang mahal atau murah.

1. Lepas Beli, Sila Guna

Jangan simpan dalam almari buat perhiasan. Tunggu tetamu datang, baru nak keluarkan. Tapi, suami dan anak-anak, hari-hari mak hidang dalam pinggan eco saja. Sedih tau! Tak baik, berkira-kira kalau nak keluarga guna.

2. Bagi Anak-Anak Guna

Ajar anak guna dengan berhemah dan cermat. Pesanlah walaupun sehari 66 kali, pesanan yang sama.

“Baik-baik bawak pinggan tu, nanti pecah pinggan Mama tu. Bla, bla, bla…”

Sekurangnya, mereka akan selalu berhati-hati. Kalau pergi rumah orang pun nanti, tak adalah kita risau dah kan?

Okay, yang ini paling penting.

3. Kalau Pecah, Jangan Marah

Jikalau dalam mak-mak beri pesanan dan tiba-tiba jatuh pecah juga pinggan kesayangan mak-mak. Rilek dan jangan marah!

Tarik nafas dalam-dalam, hembus dan senyum.

Tak perlu marah-marah. Pinggan saja pun, walau perit mak-mak main kutu 10 bulan. Kita senyum saja pada anak itu.

“Its okay, tak apa. Dah nak pecah kan, nak buat lagu mana?”

“Mama tak marah pun. Nanti Mama mintak bapak kau gantikan yang baru.”

Hah, nampak?!

Kan dah settle.

Buat apa nak marah? Benda boleh claim kat ‘bapak’ nya, jadi tak perlu marah anak. Takada untung pun marah anak-anak. Kesian mereka tak salah.

Baik marah bapak dia, sah-sah boleh ‘dipersalahkan’.

#SuffianSuffiya #KisahDunia

MW: Bukan setakat koleksi pinggan mangkuk saja jadi simpanan, kadang-kadang tupperware pun dijadikan koleksi. Gunanya tak tahulah bila. Huhuhu

Sumber: Firda Ashaary

Gambar sekadar hiasan :
Vantage Limited Edition Dato Siti.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora