Terlalu cepat. Kluster Sivagangga dikatakan merebak lebih cepat berbanding sembilan kluster lain dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti puncanya bagi mengekang sebaik mungkin kluster Sivagangga ini dari terus merebak.
Kluster Sivagangga Merebak Lebih Cepat
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kluster Sivagangga merebak dengan lebih cepat berbanding sembilan lagi kluster yang dilaporkan dalam negara sebelum ini.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM kini sedang giat menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca penyebaran lebih cepat itu.
“Kita lihat kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster lagi seperti di Sarawak.
“Kita sedang jalankan kajian adakah kita sedang menghadapi satu kluster Genom 614 iaitu kluster ‘Super Spreader’ seperti yang laporkan di Mesir dan Pakistan.
Ads
“Besar kemungkinan ini (kluster Sivagangga) adalah kluster Super Spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti dan akan kulturkan virus itu di makmal.
“Jika bacaan ‘Rt’ adalah satu, ini bermakna 100 orang disahkan positif jadi akan menjangkiti 100 orang yang lain dan KKM perlu memastikan bacaan Rt kurang daripada satu, kita akan dapat kawal Covid-19 di Malaysia,” katanya ketika sidang media Covid-19 di Putrajaya dekat Kuala Lumpur hari ini.
Fokus Pelanggan, Kluster Sivagangga Merebak Cepat
Sementara itu, KKM akan terus menjalankan saringan bersasar bagi kluster Sivagangga dan kini fokus masih lagi tertumpu kepada pelanggan yang ke sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.
Selain itu, saringan bersasar juga dilakukan untuk penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari lokasi restoran berkenaan tetapi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perlu menjalankan saringan segera.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari ini, enam kes baharu membabitkan kluster Sivagangga direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 30 kes.
Ads
Kes keenam adalah kontak rapat dengan individu positif kerana pernah mengunjungi premis itu dan dikesan mengalami gejala pernafasan pada 2 Ogos lalu dan disahkan positif semalam.
Bagi kes selebihnya, mereka mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah.
“Semua yang positif kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan mereka adalah generasi kedua dalam kluster Sivagangga,” katanya.
MW: Diharap seluruh penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Malahan tak lupa mengharapkan seluruh pembaca MW mendoakan keadaan di sana kembali pulih seperti sediakala.
Personaliti media sosial yang juga anak kepada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali dengan panggilan Nurul Zahid membuat pengakuan sebelum ini dirinya pernah mengalami masalah berat badan sehingga mencecah 100 kg.
Dek kerana situasi pada masa itu, Nurul mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik (pintasan perut) kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.
Nurul Zahid Ambil Masa Setahun Biasakan Diri
Malah menerusi perkongsiannya di akaun Instagramnya baru-baru ini, beliau turut mendedahkan mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dari segi pemakanan selepas menjalani pembedahan bariatrik.
“Kita pernah gemuk. 100kg.
“Kita buat Bariatric Surgery – Sleeve Gastrectomy
“Kita makan sikit jer sbb perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yg banyak.
“Kita mengaku kat ramai orang yang kita buat prosedure kecilkan kantung perut.
“Kita Tak Tipu Buat Pembedahan Bariatrik”
“Dari 100kg pernah turun sampai 58kg dalam masa setahun setengah. Tapi kita tak tipu. Kita siap suggest/cadangkan orang yang obesiti buat. Tak mahal pun, sebab 11 tahun lepas kita buat RM15k. Sekarang dah mahal tapi berbaloi.
“Kita nak cerita, bukan nak jd manusia negatif. Kita nak cerita kalau buat proses potong usus ker kecik kan perut ker jgn la bgtau exercise. Jangan la bgtau diet atau makan produk kurus jenama sendiri.
“Pendapat sy. Berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus/kecik kan perut? Bukan utk kecantikan pun utk kesihatan. Kalau mmg cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi dgn prosedur mcm yg sy bgtau td lebih cepat dan kita lebih sihat. Tu jer.
“Jangan tipu. Tipu dosa. Tp kubur masing2. Ikut la mcmana. So, yeah. Kita kurus dulu sbb buat Bariatric Surgery.
Bukan calang-calang untuk melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records. Tapi atas usaha Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama MYDIN berjaya melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati di empat lokasi terpilih seluruh negara.
Menerusi program ini, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin.
Melakar Nama Dalam Malaysia Book Of Records, Kejayaan Cadbury Dairy Milk Dan Mydin
Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan.
Sebanyak 26,550 kuih Tart Cadbury telah berjaya dihasilkan dan mendapat sokongan daripada beberapa chef selebriti tanahair seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain, (juga dikenali sebagai shafiquecute).
Hasilnya, sebanyak 26,550 kuih tart Cadbury berjaya disalurkan kepada 21 badan dan rumah kebajikan yang memberikan manfaat kepada lebih 900 penghuni. Kempen ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam kebajikan sambil meluangkan masa bersama insan tersayang
Majlis keraian kejayaan penghasilan kuih tart Cadbury yang banyak dalam jangka masa yang singkat telah diadakan di pejabat Mondelēz International. Sijil pencapaian telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh dan Siti Hajar Johor kepada Narmeen Khan. Turut hadir wakil MYDIN iaitu, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah Eksekutif MYDIN, Datin Wira (Dr) Hajah Siti Hawa Mohd bersama chef selebriti Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain.
Tidak ketinggalan, pengacara majlis iaitu Nazrudin Rahman dan Chris MJ yang memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.
Acara Di 4 Lokasi Mydin Terpilih
Terdahulu, acara Kuih Raya Dari Hati ini telah dijalankan di seluruh Malaysia di cawangan-cawangan terpilih seperti berikut:
MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)
MYDIN Subang Jaya, Selangor (13 Mac)
MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)
MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)
.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pantai Timur lumpuh, air cecah paras bumbung. 5 korban jiwa dilaporkan.
Hujan lebat yang melanda sehari dua ini telah mengakibatkan Terengganu dan Kelantan dilanda banjir besar. Situasi kali ini agak luar biasa kerana banyak daerah lumpuh terutama di Besut yang dikategorikan sebagai kritikal kerana paras air terlalu dalam. Rumah-rumah ditenggelami hingga paras bumbung bahkan ruang hospital juga dimasuki air.
Kawasan Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu, Marang dan lain lagi juga teruk dilanda banjir hingga lebih 20,000 penduduk dipindahkan.
Tidak hanya Terengganu, Kelantan juga diuji dengan banjir besar kali ini. Dilaporkan sebanyak 35 jalan yang terjejas akibat banjir di Kelantan ditutup termasuk kepada kenderaan berat.
Portal eBanjir Kelantan melaporkan jalan yang ditutup itu membabitkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Pasir Mas merekodkan 11 jalan yang ditutup, diikuti 10 di Machang, tujuh jalan di Pasir Puteh, empat di Tanah Merah dan tiga di Tumpat. Banjir besar yang terjadi juga telah meragut lima nyawa termasuk dua kanak-kanak kecil dan tiga beradik yang terpegang tiang elektrik semalam.
Banjir besar yang menimpa Pantai Timur ini menyamai banjir besar yang terjadi di Selangor tahun lalu yang mana rakyat bergelut minta diselamatkan selain bekalan makanan yang sangat-sangat diperlukan kala ini. Marilah berdoa agar saudara Islam kita di negeri terjejas dilindungi Allah dan banjir ini segera surut.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...