Pesanan penting jika mengalami penyakit gastrik, perhatikan dahulu jenis ubat yang diambil. Ini kerana pengambilan ubat mengandungi bahan aktif Ranitidine dalam tempoh panjang boleh menyebabkan terjadinya penyakit kanser.
Ia susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menarik semula 10 produk berdaftar yang mengandungi bahan aktif Ranitidine.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut disahkan mengandungi impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi had dibenarkan.
“Ubat mengandungi Ranitidine bagi pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut ini biasanya digunakan dalam jangka masa pendek iaitu beberapa hari sehingga beberapa minggu.
“NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah. Antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara dan hasil daripada proses pengilangan tertentu.
“Berdasarkan International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang,”
katanya.Buat mereka yang sedang mengambil Ranitidine, sila dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika ada sebarang keraguan.
Baca lagi Di sini: Perut Berangin Hingga Susah Nak Bernafas, Ingatkan GASTRIK.. Rupanya Bukan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada menggunakan ubat gastrik seperti yang disenaraikan diatas, mohon elakkan dan hentikan. Sila berjumpa dengan doktor untuk menukar ubat mahupun mendapatkan nasihat lanjut.
Sumber: KP Kesihatan