Apabila masuknya bulan Ramadan, ramai yang membuat pelbagai persiapan termasuklah persediaan untuk pulang ke kampung halaman. Ramai yang tertanya-tanya sama ada rentas negeri untuk pulang ke kampung meraikan Aidilfiri tahun ini dibenarkan atau tidak.
Buat Pengumuman Awal
Terbaru, Kementerian Kesihatan (KKM) diminta membuat pengumuman lebih awal berhubung keputusan kebenaran rentas negeri sempena perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ia berikutan keputusan sama ada membenarkan atau tidak orang ramai melakukan rentas negeri ketika perayaan itu adalah atas nasihat kementerian berkenaan.
Katanya, isu rentas negeri untuk pulang beraya adalah perkara utama khususnya apabila Ramadan tiba.
“Apabila mereka (KKM) membuat penilaian risiko, mereka tahu sekiranya buka, apa risikonya atau kesannya. Jadi kita tunggu daripada KKM sama ada boleh atau tidak rentas negeri sempena Aidilfitri nanti.
“Ia bukan kuasa kita…kita lihat apa yang berlaku dulu apabila kerajaan membenarkan dan rentas negeri dibuka, terdapat 31 kluster balik kampung, sebab itu KKM perlu berhati-hati kali ini.
“Kita akan umum dalam waktu terdekat kerana kita pun tidak mahu ganggu orang balik kampung, mahu beli tiket pesawat atau bas.
“Kita akan minta KKM buat pengumuman lebih awal, jadi rakyat boleh bersedia,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, dekat sini, hari ini.
Kerajaan Meneliti Pergerakan Rentas Negeri
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Ads
Media pada 27 Mac lalu melaporkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang meneliti untuk membenarkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri.
Perdana Menteri berkata, pengumuman akan dibuat sebaik semua data berkaitan dianalisis KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Susulan itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, supaya segera mengemukakan cadangan atau keputusan mengenai rentas negeri itu.
MW:Apa juga keputusan yang diumumkan oleh KKM sama ada boleh rentas negeri atau tidak Aidilfitri nanti, diharap kita semua dapat menerima dengan hati terbuka. Segalanya pasti untuk kebaikan bersama. Paling penting patuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kes jangkitan setiap hari.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Anak 6 tahun meninggal dunia tersepit celah besi meja lipat. Ibu kepada tiga orang anak, Riana Fitriasih Kusnan, 38 tidak menyangka anak bongsunya yang gemar bermain secara ekstrem, boleh membahayakan diri akhirnya meragut nyawa.
Nur Aqifah Humaira Abdullah, 6 maut selepas dipercayai tersepit celah besi sebuah meja lipat plastik dalam kejadian di Taman Seri Putera, Nibong Tebal.
Anak 6 Tahun Meninggal Dunia Tersepit Celah Besi Meja Lipat
Seperti mana dilaporkan Malaysian Gazette, Riana Fitriasih yang juga merupakan warga Indonesia, setiap hari pasti ada saja celoteh anak bongsu yang mana adakalanya membuatkan dirinya marah kerana kelakuan anaknya itu membahayakan diri.
“Anak bongsu saya itu suka sangat main secara ekstrem, bahayakan diri meskipun beratus kali dilarang tapi dia tetap mahu mencuba sehingga kejadian hari ini (semalam) yang meragut nyawanya,”.
Menceritakan detik cemas yang menimpa anak kesayangannya itu, sewaktu kejadian dirinya bersama dua lagi anak berada di rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan anak sulung.
“Anak sulung memaklumkan anak bongsu saya ditemui dalam keadaan tidak sedar diri serta tersepit celah besi meja lipat di bahagian belakang rumah.
“Saya serta anak sulung berusia 10 tahun mengeluarkan mangsa daripada celahan besi meja itu sebelum mendapatkan bantuan jiran membawanya ke Hospital Parit Buntar, Perak untuk tindakan lanjut.
“Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan anak perempuan saya itu meninggal dunia ketika menerima rawatan,” kongsi ibu malang itu.
Riana yang juga ibu tunggal menerangkan meja tersebut tidak digunakan sebelum ini dan disimpan di bahagian belakang rumah.Malah arwah anaknya itu juga tiada sebarang perubahan ditunjukkan sebelum kejadian.
Riana telah kematian suami dan tinggal di situ sejak dua bulan lalu.
“Setiap hari mesti ada saja celoteh anak bongsu yang mana adakalanya membuatkan saya marah kerana kelakuannya itu membahayakan diri.
“Malah sebagai tukang cuci rumah sambilan saya tidak pernah tinggalkan dia sendiri kerana takut sesuatu menimpa disebabkan tindakannya yang suka mencuba sesuatu yang ekstrem.
“Saya reda dengan kehilangannya namun tidak sangka tindakannya yang sering saya larang itu meragut nyawanya,” luah Riana.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes Covid-19 yang tinggi di kawasan Hulu Langat iaitu hampir 71 kes melibatkan 274 penghuni Maahad Tahfiz membuatkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 April depan.
Selain Simpang Renggam, kini 7 kampung di Hulu Langat mengalami nasib yang sama. Diminta semua penduduk bertenang dan mendengar arahan demi keselamatan bersama.
Langkah ini diambil semata-mata untuk membendung wabak ini keluar daripada kawasan berkenaan dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari ini.
7 Kampung Di Hulu Langat
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 April depan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.
Katanya, tindakan itu dibuat susulan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.
“Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.
“Ia membabitkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, tujuan pelaksanaan PKPD itu adalah bagi membendung jangkitan wabak terbabit daripada menular keluar dari kawasan berkenaan.
“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
“Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
“Selain itu, penduduk dan pelawat yang tidak menetap di situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan,” katanya.
Aktiviti Perniagaan Turut Dihentikan
Menurutnya, semua aktiviti perniagaan turut dihentikan, namun beliau memberi jaminan bekalan asas yang mencukupi untuk tempoh PKPD itu akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Pengkalan Perubatan akan dibuka dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan mengawal seluruh kawasan,” katanya.
Beliau berkata, semua penduduk diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
Katanya, penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 atau 03-89114200.
Sumber: Harian Metro
MW: Bukan mudah bagi kita apabila kebebasan kita tersekat, namun demi keselamatan bersama patuhilah arahan pihak berkuasa. PKPD akan berjaya jika semua orang bekerjasama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Khairul Aming pilih bebas hutang dan simpan duit. Jutawan muda yang juga cukup terkenal dalam video masakan, Khairul Amin Kamarulzaman menerusi perkongsian terbaru yang tular di aplikasi TikTok menjelaskan dirinya lebih gemar memilih kehidupan bebas hutang dengan mengamalkan konsep penyimpanan duit yang selesa dan mempunyai jaringan keselamatan kewangan kukuh.
Malah Khairul juga memilih untuk melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan.
Khairul Aming Pilih Bebas Hutang & Simpan Duit
Tidak seperti jutawan lain, Khairul turut mendedahkan Cuma satu pinjaman wang daripada bank yang dimilikinya adalah kereta peribadinya, Perodua Bezza.
“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.
“Bab bisnes saya tidak berkira, contoh jika staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, saya letak balik,” kongsinya.
Nak Tidur Tenang
Malah Khairul yang masih bujang itu turut menyatakan lebih suka membuat pembelian aset yang memberi pulangan wang semula seperti mesin sambal baik berbanding membeli kereta atau rumah mewah.
“Saya nak tidur tenang, itu saja. Sudah enam tahun tak cukup tidur, berhempas pulas buat perniagaan. Tapi nak kata tidur tenang, tidak juga sebab ada tanggungjawab baru.
“Saya kena fikir yang baru pula iaitu jaga prestasi perniagaan, pendapatan dan staf sebab saya jenis tak boleh duduk diam.
“Kalau untung rendah, saya akan buat sesuatu untuk menaikkannya semula, buat video atau apa-apa sahaja,” sambungnya.