Kiub perencah berperanan menambahkan rasa sedap dan aroma dalam setiap masakan.Jika mak-mak jenis yang ‘mesti’ letak kiub perencah dalam masakan, boleh cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan AJ Idris ini. Hanya gunakan 6 bahan dan nak buat pun senang!
“Sebelum ni saya dah pernah kongsikan cara membuat perasa dalam bentuk serbuk.Kali ini saya kongsikan pula bagaimana saya membuat perencah dalam bentuk kiub.Rasa dan aromanya betul-betul menghampiri perasa dari beberapa jenama terkenal. Buat pun senang.”
Resepi dan cara buat pada setiap gambar.
Semoga bermanfaat.
1 sudu besar ghee/butter
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang merah
1 sudu kecil serbuk kumin/ jintan putih
1. Campurkan kesemua serbuk di atas ke dalam satu bekas kecuali ghee / butter.
2. Panaskan / cairkan ghee tadi.
3. Tuang ghee ke dalam campuran serbuk perasa.
4. Sampai jadi paste macam ni. Sejukkan, tak perlu letak dalam fridge pun tak apa ya.
5. Sementara tu potong aluminium foil kecil-kecil, untuk bungkus paste tadi buat kiub.
6. Macam ni. Bungkuslah comel-comel.Masa bungkus ni, dah dapat bau sedaappp rempah. Sejukkan di dalam fridge setengah jam.
7. Hasil lepas keluar dari fridge.Simpanlah dalam bekas kedap udara. Setiap kali nak guna, ambil je sebungkus atau dua bergantung pada saiz yang kita buat.
Senang, kan?
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutamanya buat mak mak yang suka menggunakan kiub atau serbuk perasa dalam masakan. Bila buat sendiri ia terjamin kebersihannya, bebas daripada perisa Msg tambahan, tanpa bahan pengawet malah lebih menjimatkan.
Sumber: AJ Idris