Kita Tak Boleh Ubah Hati Orang, Jadi Mulakan Kawal Perasaan Sendiri

Share

Tak kiralah dalam organisasi apa sekali pun, besar atau kecil memang sukar untuk kekal positif dalam suasana toksid. Berbalik kepada hubungan suami, isteri sekali pun memang payah, jika suami dan isteri tak sebulu.

Sememangnya setiap daripada kita tak mampu mengubah hati orang, jadi mulakan langkah dengan mengawal hati sendiri. Kawal hati untuk menerima kekurangan dan keburukan orang lain terutamanya pasangan kita.

Ikuti perkongsian, Saidatul Husna

[ 5 Rahsia Kekal Positif Dalam Suasana Toksik ]

Pagi tadi saya berjumpa dengan rakan positif Dr Nur Hanisah. Macam biasa bila jumpa kawan, banyaklah berbual.
Dia cerita bagaimana cabaran seharian sebagai doktor houseman. Sukar katanya, ada masa kita di atas ada masa di bawah. Bila dibawah pula pelbagai tekanan yang datang.

Diherdik, dimarah depan pesakit itu biasa. Paling bahaya ada juga antara doktor houseman ni mengalami masalah kemurungan.

Kesian. Jadi saya merayu kepada anda yang menghadapi tekanan yang sama dengan rakan kerja atau di mana-mana, tolong jaga diri supaya tekanan itu tidak sampai kepada masalah kemurungan ya.

Mulakan dengan mengawal suasana hati kita sendiri. Memandangkan kita tak boleh ubah orang, jadi saya kongsikan 5 Rahsia untuk kekal positif walaupun dalam suasana toksik.

1) BETULKAN NIAT (INTENTION).
Niat ini raja. Ia adalah guidelines yang menjaga tujuan kita dari tersasar jauh. Manusia yang layan kita tak baik memang boleh menganggu suasana hati kita.
Jadi teguhkan niat walau macam mana pun orang layan saya,saya tetap fokus untuk bagi manfaat kepada diri dan orang lain. Orang layan saya baik atau tidak, tujuan saya nak redha Allah sahaja.

2) CAKAP YANG BAIK ATAU BERDIAM DIRI.
Cara nak elak daripada menjadi toksik ialah balas setiap tohmahan/ nista/cercaan orang dengan kata-kata yang baik saja.
Tip daripada Prof Muhaya ialah amalkan 3 perkataan ini untuk elak dendam dengan sesiapa sahaja.
1) Saya maafkan awak.
2) Saya faham awak.
3) Saya doakan awak bahagia. Saya lepaskan awak.

Monolog dalam diri, jaga inner peace
kita, ikhlaskan perbuatan mereka dan fikirkan what is next. Tak payah fikir tentang dia dan fokus saja pada diri dan manfaat lain yang boleh saya bagi pada orang.

3) SUPPORTIVE CIRCLE.
Ini tips paling killer saya fikir iaitu circle atau lingkungan kawan yang membantu. Ada beza antara circle yang positif dengan supportif.
Supportif ini mereka bawa kita ke higher level, mereka bukan setakat positif dengan kata-kata, tetapi bantu mencungkil bakat dan potensi untuk kita terbang lebih tinggi dan jauh.
Bila dapat kenalan begini, jaga baik baik, hargai sepenuhnya ya.

4) DEEP BREATHING.
Pernah kita tengok orang stres gembira? Tentu tidak kan. Yang ada hanyalah keserabutan, muka ketat, marah-marah dan sebagainya. Orang yang stres umpama azab akhirat yang disegerakan.
Jangan biarkan mereka mengganggu inner peace kita dan buat kita stres sama. Boleh lakukan teknik deep breathing.
Pernafasan yang betul membantu kita mencapai alpha state iaitu zon ketenangan. Bila dah tenang, datang orang serang macam mana pun, kita tak mudah terkesan.

Teknik deep breathing.
Tarik nafas 4 Saat,
Tahan 7 saat,
Lepas 8 saat. (Sebut dalam hati laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil azim)

Pernafasan terbaik ialah pernafasan baby. Mereka bernafas menggunakan perut, bukan dada.

5) BANYAKKAN ISTIGHFAR.
Kadang-kadang peristiwa yang berlaku melambangkan bagaimana peribadi kita.
Jika banyak sangat peristiwa negatif dan kita respon dengan negatif, itu yang makin banyak gelombang negatif yang datang.
Dengan istighfar Allah jamin akan beri kita jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mendapat kawan yang positif dan supportif pun dikira rezeki dari Allah juga.

Begitulah 5 Rahsia Untuk Kekal Positif Dalam Suasana Toksik.
.

Jom jadi orang yang lebih baik setiap hari. Tolong kongsikan tips ni kepada rakan lain supaya mereka lebih terinspirasi untuk menjadi orang yang memandang baik pada semua perkara.
Boleh follow Dr Nur Hanisah dan saya Saidatul Husna untuk kisah inspirasi dan pembangunan jiwa yang lebih menarik.

Sumber: Saidatul Husna

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua, insyallah jika berusaha menjadi orang lebih baik, semua yang baik-baik akan datang pada kita. Paling penting kawal hati sendiri untuk berbuat kebaikan.

Published by
Nur Syazwani Mehat